A43

5K 630 16
                                    

KAIN kotor semalam sudah siap Maryam basuh sendiri sejak selepas subuh lagi. Dek kerana mata yang tidak dapat lena setelah terjaga pada jam 4 pagi, banyak benda yang dia dapat sempurnakan. Lepas golek-golek setelah selesai tahajjud, dan mata tidak mahu pejam, baiklah dia buat kerja kan? Sekarang jam 7 pagi, tinggal nak jemur kain aje. Jemur di luar balkoni sambil itu cuci mata lihat keindahan ciptaan Tuhan sekali lagi.

"Awalnya jemur kain." Teguran Aisyah dari dalam bilik buat Maryam menoleh sekilas. Kelihatan Aisyah dah kembali berbaring di atas katil sambil jari ligat tekan punat remote TV.

"Dah tu, takkan nak jemur bila matahari terbenam semula kot?" Maryam memerli sebelum tangan sambung kembali menjemur kain. Haraplah tak nampak selekeh di pandangan mata yang lain. Yalah, dia jemur di palang balkoni ni aje.

Mendengar jawapan berbaur sindiran Maryam, Aisyah mencebik.

"Kau bangun pukul berapa sampai kemas bilik ni kau kerjakan? Kain baju pun siap dah basuh semua." Tanya Aisyah sambil mata melilau memandang seluruh bilik mereka. Terkejut juga dia bangun Subuh tadi bila tengok bilik kemas dan teratur. Dia baru bangun dan tak terjaga langsung, jadi memang taklah dia yang kemas kan?

"Pukul 4 pagi. Aku tak boleh tidur semula." Jawab Maryam.

Aisyah jongketkan kening.

"Daripada semalam kau bagi jawapan sama. Tak selesai lagi masalah kau tu? Dah tu, kau tidur pukul berapa?" Aisyah bertanya lagi. Maryam yang baru menapak masuk ke dalam bilik dia pandang. Nampak wajah itu letih.

Ini lah yang jadi bila ada sesuatu yang mengganggu fikiran Maryam. Tak boleh tidur. Semalam pun, bila dah tutup lampu bersedia untuk tidur, berat sungguh keluhan Maryam yang dia tangkap. Bila ditanya, Maryam hanya jawab tak boleh tidur atau jawapan sebenarnya, tak bersedia nak bercerita. Faham sangat perangai Maryam. Dia pun malaslah nak paksa. Pandai-pandailah nanti Maryam cari dia bila gadis itu sudah bersedia.

"Pukul 2 pagi."

"Hah?!" Terduduk terus Aisyah dari pembaringan dengar jawapan Maryam. Tak berkelip pandang Maryam yang tengah duduk di hujung kakinya.

"Kau biar betul, Yam? 2 jam aje kau tidur?"

Maryam angguk tak berperasaan.

"Yalah. Kan aku cakap aku bangun pukul 4 pagi." Apa dah tak pandai ke kawan dia ni? Empat tolak dua pun nak ragu-ragu lagi ke jawapannya.

Aisyah selak selimut. Dia menghampiri Maryam yang nak bangun dari katil itu. Sudahnya dia pandang aje Maryam yang bergerak untuk menjerang air di meja berdekatan almari. Tu... Tak lain tak bukan nak buat Nescafe 3in1 lah tu. Ah, apa-apa aje lah! Itu bukan tujuan dia selak selimut tadi.

"Kau gila ke? Dua jam aje tidur lepas penat berjalan satu hari semalam? Eh, hello! Kita Ada aktiviti tau nak buat hari ni!" Aisyah bersuara sedikit geram. Itu tujuan dia selak selimut tadi. Boleh pulak dengan muka kosong dia bagitahu kita dia tidur dua jam aje?

"Ya, aku tahu. Jadi?" Maryam bertanya. Dia pelik.

"Jadi? Jadi kau tanya? Tidur dua jam, jadi?"

Maryam julingkan mata ke atas. Sachet Nescafe 3in1 dikoyak dan isinya dia tuang ke dalam mug putih di atas meja. Kemudian, air panas yang sudah siap dijerang dituang ke dalam mug itu. Semerbak aroma Nescafe segera itu memenuhi ruang udara bilik mereka. Tambah krimer sikit... Dan ummmph! Bau dia...! Angkat ibu jari!

Aisyah jadi geram dua kali ganda.

"Eh, aku tengah geram ni tau! Boleh pula kau acah-acah nak jadi duta Nescafe 3in1 tu kat sini ek?" Aisyah dah tutur kata dengan tangan dah mencekak pinggang.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now