A72

4.7K 605 78
                                    

DAYANG menggila lagi. Kali ini dia serbu Maryam di dalam kelas pula. Berani betul. Sudah lah semua rakan sekelasnya ada di situ ketika itu. Guru-guru bermesyuarat, boleh lah dia ambil peluang itu. Tak peduli dengan apa uang akan terjadi sebab geram dia dah tahap paling tebal. Tak dapat tahan! Tak dapat tahan lagi!

"Hoi, perempuan! Aku dah cakap jangan ganggu Irfan kan?! Kau memang suka menggedik dengan boyfriend orang eh?" Jerit Dayang kuat sambil memukul kuat meja Maryam.

Hawwa dan Kalilah yang duduk berhadapan dengan Maryam dan Aisyah dia dah tolak ke tepi. Habis riuh kelas jadinya.

Maryam dan Aisyah berpandangan sesama sendiri.

"Hei, cakap molek sikit. Bila pula Maryam jadi menggatal macam tu?!" Aisyah bersuara kuat membalas tuduhan tidak benar Dayang.

"Kau diam! Aku tengah berurusan dengan perempuan tak tahu malu sebelah kau ni! Bukan dengan kau!" Lurus jari telunjuk Dayang menunding ke arah Aisyah. Wajahnya bengis.

"Hei, kau tu yang tak tahu malu tiba-tiba serang orang pula!" Imani bersuara seraya bergerak pantas menghampiri Aisyah dan Maryam.

"Kau diam lah perempuan! Jangan masuk campur!" Dayang menengking Imani kuat sebelum dia bergerak mahu menarik tudung Maryam tapi laju dihalang oleh Hawwa dan Kalilah.

"Hei, apa benda kau ni? Mental ke apa? Sedar diri lah wei!" Aisyah yang bertindak menepis tangan Dayang sudah menjerit marah. Habis riuh Kelas 5-3 jadinya. Dan keriuhan itu menggamit pelajar-pelajar lain berkumpul di hadapan kelas mereka hendak tahu apa yang berlaku.

Maryam tak selesa dengan drama Dayang yang berulang kembali.

"Kawan kau tu yang tak sedar diri pergi menggatal dengan boyfriend aku! Kawan kau tu yang patut sedar, bodoh!" Dayang menjerit bagai dirasuk.

"Lepaskan aku lah!!!" Pegangan Hawwa dan Kalilah yang  menahannya daripada menyerang Maryam cuba ditepis,  tetapi gagal.

"Hei, dah! Dah! Apa benda ni bergaduh pasal lelaki pula ni?! Takde kerja lain ke nak buat?" Khairul menghampiri bertindak menenangkan keadaan atau lebih tepat menenangkan lagi Dayang.

Sayang... Muka aje lawa.

Dayang jeling tajam wajah Khairul.

"Hei, jantan! Jangan masuk campur lah! Kau tahu tak, kalau aku tak bergaduh macam ni, betina jalang ni takkan habis-habis ganggu hubungan kitorang! Dasar perempuan sundal!"

Pang!

Terdiam semua akibat terkejut dan tergamam. Maryam ikut sama terkejut sambil mata tak lepas pandang tangan Aisyah yang dah menggeletar hebat di sisi badannya.

Sepi.

Dayang menoleh memandang Aisyah dengan pandangan yang tajam.

"Kau..."

Aisyah jongketkan kening, provok Dayang.

"Kau tampar aku?" Semacam tak percaya aje suara Dayang.

"Kenapa? Aku tak boleh tampar mulut longkang kau tu ke?!" Tanya Aisyah tertahan-tahan. Diikutkan amarah dia, lebih dari lempang dia nak bagi kepada Dayang.

Balasan kerana dahulu wajah Maryam calar dan lebam kerana gadis lawa ini dahulu. Dan balasan kerana mulut lantang gadis ini sudah dia bayar hari ini. Tadi.

"Tak guna! Tak guna!!!" Dayang meraung dan dengan kuat dia menepis pegangan Hawwa dan Kalilah.

Semua berlaku dengan pantas. Tahu-tahu sahaja Dayang dah memukul Aisyah dan Maryam berulang-ulang kali dengan kuat. Beberapa kali dicuba untuk dihalang gadis itu, tapi cepat sahaja gadis lawa yang sedang mengamuk itu terlepas dan menyerang dua sahabat itu lagi.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now