A55

4.7K 567 17
                                    

KETUKAN pada meja kaunter buat tangan Maryam yang sibuk menulis laporan bulanan terus terhenti. Wajah tidak diangkat untuk melihat gerangan orang yang mengganggu kerjanya sekarang tetapi tangan laju sahaja bergerak naik. Lima jadi dia tunjuk suruh tunggu sambil mata terkebil-kebil melihat buku laporan. Ada lagi dua patah perkataan sahaja nak habis. Bagi dia habiskan sebelum dia layan pengganggu tu.

"Sekejap. Sikit lagi." Tangan masih setia di udara. Dengan laju dia habiskan penulisan laporannya dan dah siap! Buku laporan dia letak tepi, pen dia simpan dalam bekas, kemudian baru dia angkat wajah melihat orang di hadapan. Dalam diam, berharap itu bukan Shauqi. Dan bila nampak wajah malas Irfan, nafas lega dia helakan.

Selamat!

Tapi, sekejap cuma rasa lega itu sebelum dia juga pandang malas wajah itu. Haih. Apasallah kerap juga dia nampak wajah ini. Semalam dah jumpa. Bagi mata dia berehat boleh tak? Tapi... Bila teringat yang Irfan bukan Shauqi, dia kembali bersyukur. Selamat. Ingat. Selamat!

"Nak apa?" Tanya Maryam tanpa nada.

Irfan tidak berkata apa cuma, tangannya sahaja bergerak menyerahkan sebuah buku tebal yang dia pegang sedari tadi. Eh, jangan salah faham. Dia lambat lagi nak berubah jadi budak suka belajar. Ni, dia dalam percubaan nak mencipta memori baharu. Bagi dia lah. Bagi Maryam, cari pasal namanya.

"Nak pinjam buku ni?" Tanya Maryam. Irfan dia pandang tidak percaya.

Irfan senyum sinis sekali seraya menggeleng kecil.

"Kucing bertanduk dua wujud pun, aku takkan buat benda merepek tu." 'Cantik' sangat bahasa Irfan. Sampai Maryam rasa nak bagi 'anugerah' kepada lelaki itu.

"Dah tu? Kau nak apa dengan buku ni?" Tanya Maryam.

Mata Irfan pandang wajah Maryam tak lepas sementara tangannya dah membuka buku tersebut di tempat yang  dia dah...

"Macam mana boleh koyak ni?" Membulat mata Maryam melihat hampir 15 helai muka surat yang dah tercabut dari tulang buku. Ternganga juga mulut tak percaya.

Terima kasih pada matanya yang tak lepas pandang wajah Maryam, bibir dia dapat senyum lebar sebab dapat lihat risk wajah Maryam tadi. Yes! Berjaya!

Tidak mendapat sebarang jawapan, mata naik memandang Irfan. Rasa nak meletup kepala dia bila lihat wajah Irfan yang penuh selamba bersama bibir lelaki itu yang tak lepas mengukir senyum sinis.

"Kau buat ek? Kau yang koyakkan dia?" Tanya Maryam serius. Dia dah bercekak pinggang menghadap Irfan.

Irfan jongketkan bahu. "Ia berlaku tanpa disengajakan. Aku baca dan tiba-tiba tangan tak dapat kawal muscle. Bila nak belek muka surat sebelah, terkoyak pula." Irfan main hentam aje alasannya. Lantaklah masuk akal atau tidak.

Maryam menggeleng tidak percaya.

"Alasan apa tu? Tak boleh kawal muscle? Are you that dumb sampai tak boleh bagi alasan bernas sikit?" Ambil kau! Sekali kena sebijik dengan Maryam.

Irfan tak terasa. Alah, biasalah. Penggunaan perkataan orang yang tengah geram memang begitu. Take to heart? No. No.

Irfan senyum senget lagi sebagai jawapan.

"Don't give me that smile. Kau tak hensem pun."

Terkelip sekali mata Irfan. Eh, eh Maryam ni.

"Tak pernah rasa pun diri ni hensem." Senyum senget satu kali di akhir kata. Maryam rasa nak pecah kepala sekali lagi.

"Okey lah. Aku cau dulu." Pamit Irfan. Dia dah dapat lihat apa yang dia nak lihat. Mission accomplished. Sekarang, dah boleh pergi dengan aman. Hari lain pula kita buat.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now