A41

5.4K 698 22
                                    

SELEPAS makan tengah hari,  Maryam Dan Aisyah ambil keputusan untuk berehat sahaja di dalam bilik, dan tidak ke mana-mana. Hanya menonton TV sambil masing-masing berada di atas katil sendiri. Sambil itu merancang aktiviti percutian mereka sebaiknya. Alah. Masa berbaki 3 hari lagi mereka di sini. Lagipun cuaca di luar panas terik lagi. Hehehe.

"So... petang ni, kita pergi tengok matahari terbenam kat pantai ek? Yang lain tu, kita mula esok." Kata Aisyah sambil tangan sibuk mengemas kertas-kertas yang berselerak di atas katil.

Namun, kata-katanya tidak memerima sebarang balasan daripada Maryam, Aisyah menoleh. Juling mata ke atas dia dibuatnya bila lihat Maryam asyik dengan telefon di tangan. Muka pun serius habis.

"Ceh." Aisyah berdecit. "Aku bercakap sorang-sorang aje Dari tadi." Omel Aisyah.

Sehelai kertas digumpalnya sebelum dia lempar ke arah Maryam bersama kata 'woi!'. Dan itu buat Maryam menoleh dengan dahi berkerut.

"Apahal?"

Aisyah menggeleng. Dia bangun dari katil bersama kertas-kertas di tangan. Maryam dibiarkan bertanya seketika sebelum dia menjawab.

"Buat penat aje aku bercakap tadi. Dah lah." Kertas-kertas diletakkan di ataa meja sebelum dia mencangkung di sebelah beg pakaiannya.

"Alah, sorry lah. Kau cakap apa tadi?" Maryam dah garu kepala. Telefon dia letak tepi. Tadi fokus sangat berWhatsApp dengan abahnya. Memang tak perasan pun yang Aisyah sedang bercakap.

"Aku cakap, nanti kita pergi tengok matahari terbenam di pantai." Aisyah mengulang semula. Terima ajelah apa Yang Maryam cakapkan tadi. Dah memang itu pun perangai dia.

Maryam mengangguk.

"Oh. Okey.  Aku ikut aje plan kau." Balas Maryam. Aisyah dipandang sekilaa sebelum pandangan dialihkan pada TV yang setia memainkan drama sinetron. Entah sudah episode ke berapa. Dia bukan ambil tahu pun.

"Aku nak mandi. Badan aku dah melekit." Beritahu Aisyah sebelum dia boloskan diri ke dalam bilik Mandi bersama beg pakaiannya. Maryam hanya mampu geleng kecil. Tak pernah dibuat orang. Apa dia nak basuh sekali beg pakaian tu ke macam mana?

Pelik begitu pun, tinggal juga Maryam bersendirian di atas katilnya. Drama sinetron dah tak menarik untuk ditonton. Buat dia mengantuk pula. Sudahnya, TV dimatikan dengan remote control. Bilik jadi sepi. Hanya dengar bunyi air dibuka perlahan di dalam bilik mandi,  juga bunyi desir angin di luar.

Dari katilnya, Maryam halakan pandangan ke luar balkoni. Cantik. Dia tangkap gambar sekeping dua dengan kamera telefonnya sebelum laju sahaja dia hantar gambar-gambar itu kepada Puan Nashiah. Kongsi sedikit keindahan ciptaan Tuhan ini.

Setelah itu, gambar itu dihantar pula kepada Mueen. Tapi adiknya itu langsung tidak online. Haih. Apalah jadi dengan adiknya yang berkongsi bilik dengan tiga budak nakal sekolah tu. Mueen pun satu. Kenapa nak juga share bilik dengan mereka? Nak kata duit tak cukup, elok dah kira bajet semua. Tapi, tetap juga dipilih sebilik dengan mereka tu.

"Takpe, Kak Cah. Tak payah book bilik baru. Mueen share aje bilik dengan abang-abang ni. Mereka pun duduk hotel yang sama dengan kita. Boleh jimat duit. Lagipun, dah kawtim baik punya tadi dengan abang-abang Mueen tu!" Pujuk Mueen bila Maryam paksa juga Aisyah tempah bilik yang lain untuk Mueen duduki. Tak endah dengan perkataan kawtim tadi.

"Sejak bila pula aku ada kembar ni, Mueen?" Tanya Maryam sebagai kiasan Yang dia tidak menyukai phrase 'abang-abang Mueen' yang dia dengar tadi.

"Sejak Mueen cakap yang kitorang ni abang dia lah." Laju Johari menjawab, sengaja membakar hati Maryam. Dari air muka aje, dia dah tahu Maryam tak suka. Eleh... Ingat dia pun suka ke? More to adik-adik okey?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now