A27

5.9K 672 16
                                    

BAS dinaiki melalui pintu belakang. Tempat duduk belakang yang masih kosong menjadi tempat dia bersembunyi untuk dua puluh minit yang akan datang. Maryam yang baru sahaja naik dan membayar tambang bas di hadapan sana, Irfan curi-curi pandang. Sekejap cuma sebelum dia pakaikan kaca mata hitam milik Subhi yang dia main ambil sahaja tadi. Nak elak daripada dicam.

Irfan pusing kepala pandang luar tingkap bila perasan yang Maryam sedang melangkah ke belakang. Kelam-kabut juga dia rasa bila memikir tempat manakah yang Maryam akan pilih nanti.

Ada tiga tempat kosong sekarang ini di ruang belakang. Ruang hadapan memang dah penuh habis. Yalah. Penuh dengan para pelajar sekolah mereka yang menaiki bas ini juga.

Satu, ruang kosong di hadapannya. Dua, ruang kosong yang sebaris dengan tempat duduknya, cuma dia di hujung sebelah sana. Dan tiga, di sebelahnya.

Pasti dan pasti, yang ketiga bukan pilihan Maryam. Nak duduk sebelah lelaki? Memang tak lah. Dia dah kenal Maryam. Bukan senang-senang tau dia nak dengan lelaki. Rasanya lelaki yang Maryam paling rapat hanya Shauqi seorang sahaja. Yang lain tiada.

Sekarang, sama ada pilihan kedua atau pilihan pertama. Irfan jadi berdebar bila lihat Maryam memandang dua tempat itu.

Irfan dalam hati berdoa agar Maryam tidak mengambil tempat di hadapannya. Mahu dia sesak nafas tiba-tiba nanti.

Dan doanya bagai nak termakbul bila Maryam bergerak ke ruang hujung sana, bukan ruang di hadapannya. Baru nak lepaskan nafas lega tapi tak sempat bila dia nampak seorang pelajar perempuan melambai Maryam. Pelajar perempuan yang duduk di hadapannya.

'Apakah?!' Membulat terus mata Irfan seiring dengan hatinya yang menjerit kecemasan. Cemas lah bila kaki Maryam melencong ke tempat duduk di hadapannya.

'Uh-oh. Not save!' Jerit Irfan dalam hati bila Maryam betul-betul ambil tempat duduk di hadapannya.

Ruang tiba-tiba terasa sempit. Dadanya pun dah berdebar lain macam. Spontan kakinya bergerak kerana debaran yang dia alami sekarang ini.

'Siapa lah minah ni? Sibuk panggil Maryam ke sini buat apa?' Di sebalik kaca mata hitam yang dipakainya, Irfan dah menjengil marah ke arah pelajar yang mengganggu tadi.

"Elok-elok nak ke sana, melencong pula." Bebel Irfan perlahan. Tapi, tidak bagi Maryam. Terus dia menoleh memandang Irfan di belakangnya.

Irfan terkejut. Terkejut bila Maryam pandang dia. Wei. Diorang dalam jarak yang boleh dikatakan rapat juga tahu tak? Perempuan ni nak bagi dia sesak nafas ke macam mana?

"Kenapa, Kak Yam?" Irfan terus menoleh pandang luar semula bila pelajar perempuan di sebelah Maryam menoleh memandangnya juga.

Maryam menggeleng kecil sebelum dia pandang depan semula. Terkebil-kebil seketika matanya.

'Salah ke aku duduk sini?' Soal Maryam dalam hati. Omelan lelaki di belakangnya tadi jelas di telinganya, walaupun dia rasa lelaki itu cuma berbisik sahaja tadi.

"Kak Yam!" Pandangan tertumpu kepada Piyah di sebelah. Senyuman kecil dihadiahkan buat juniornya itu.

"Kak Yam sumpah comel gila masa persembahan tadi. Kalau Piyah jadi lelaki, mesti Piyah jatuh cinta terus kat Kak Yam!" Pujian Piyah kedengaran sangat memalukan pada pendengaran Maryam sekarang ini. Terus Maryam tunduk kepala pandang kaki sendiri.

Piyah hanya senyum sahaja. Faham yang kakak seniornya ini sedang malu. Malu besar kut! Kalau tidak, takdelah masa atas pentas tadi, dia nak cepat sahaja turun pentas.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now