A56

4.7K 624 45
                                    

DI sebalik matanya yang terbuka sedikit, Maryam dapat lihat dengan jelas Irfan yang sedang menghampirinya bersama senyum kacak lelaki itu terukir di bibir. Maryam tak bersuara sampailah Irfan tarik kerusi dan labuhkan duduk di hadapannya. Dia masih diam. Mereka masih diam. Mungkin untuk tentang mata dia yang masih kuyu ni, Irfan letakkan dagu di atas meja. Masih lagi dengan senyuman kacaknya dan itu buat Maryam berkerut pelik.

"Macam mana boleh jadi hen---"

"Hu..." Kata-kata Maryam terhenti separuh jalan dan matanya terpejam bila Irfan tiba-tiba sahaja meniup wajahnya lembut. Dalam mata yang terpejam, Maryam tangkap gelak kecil lelaki itu.

"Apa hal merdu sangat gelak kau?" Soal Maryam perlahan.

"Comel." Itu perkataan yang dia dengar bila matanya dibuka semula. Makin berkerut dahi licin Maryam.

Dan dalam mamai yang masih belum nak hilang itu, Maryam nampak tangan Irfan bergerak ke hadapan sebelum dia rasa cuitan lembut lelaki itu di hidungnya.

Tersentak Maryam! Macam kena renjatan elektrik. Dan terus dia tersedar. Mamai dah takde. Kerusi di hadapannya dia pandang dengan mata yang membulat besar.

Kosong. Takde orang. Pandang kiri dan kanan dia pun takde orang. Senang kata, memang dia seorang aje lah sekarang ni. Jadi, mana datang Irfan tadi?

Maryam meraup wajahnya. Mulut beristighfar perlahan sebelum dia hembuskan nafas perlahan-lahan.

"Allah. Aku mimpi ke tadi?" Tanya Maryam pada diri sendiri. Buku yang Irfan rosakkan tadi masih setia berada di hadapannya dia pandang.

Otak mula ligat berfikir.

"Aku ni, berharap sangat dia datang sini ke macam mana? Sampai masuk dalam mimpi bagai." Mengomel sendirian, Maryam sentuh buku itu. Helaian yang rosak dan terkoyak dia buka.

"Haish. Apa benda lah kau ni, Yam." Dia menggeleng perlahan sebelum buku itu ditutup. Jam di dinding dia pandang. Dah hampir jam dua petang. Nampaknya, Irfan memang tak datang. Rugi aje dia keluarkan suara memaksa lelaki itu untuk datang ke perpustakaan dan bertanggungjawab masa rehat tadi.

Kepala laju memainkan semula perbualan tadi.

"Kalau aku kata aku tak nak bertanggungjawab dan aku blah, macam mana?"

"Aku kejar!" Terus meluncur laju kata-kata itu dari mulut Maryam. Dengan wajahnya yang serius, dia memang memaksudkan apa yang dia katakan tadi. Tapi, bila lihat mata Irfan yang terkelip-kelip laju dan bila dia ulang tayang semula kata-katanya, wajah rasa berbahang.

Apasal macam lain macam aje penggunaan ayat dia tadi?

'Tahu pun. Macam ayat perigi cari timba. Kau nak jadikan dia boyfriend kau ke apa?'

"Wait. What?" Maryam kebingungan. Dia pandang meja kaunter dengan mata yang terkelip-kelip laju. Kebingungan lagi.

"Kau kejar aku?" Irfan tahan nada suaranya supaya tak nampak sangat dia sedang teruja dengan apa yang dia dengar tadi.  Ohoi! Kenapa telinga dia dengar duruddu du duruddu du sekarang? Ada sesiapa yang membuat bunyi itu ke?

Maryam pandang Irfan seraya menggeleng laju. Muka terkejut. Memang itu lah yang dia cakap tadi kan? Dia akan kejar Irfan. Pffft. Like... What?

"Tak? Tak kejar?" Tahan senyum Irfan sekarang.

"Tak! Never. Ever." Maryam menguatkan jawapannya. Bersungguh.

Irfan menggangguk kecil sambil senyum senget. Bahu dia jungkitkan sedikit. "Okay then. Got to go."

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now