A82

4.4K 626 32
                                    

SUDAH hampir dua bulan dia menetap di Pulau Pinang dengan mak ciknya. Dan hari ini, hari di mana mak, babah serta adiknya datang melawatnya. Tak perlu sebut bagaimana terujanya dia. Walaupun selalu video call dan berbalas WhatsApp, mana boleh lawan dengan jumpa secara berhadapan kan? Dan sebab teruja yang bersangatan, seawal lima pagi lagi dia dah bangun dari tidur dan mula mengemas rumah.

"Yam..." Suara serak-serak basah mak ciknya, Cik Noni menghentikan tangan Maryam yang sedang mengemas ruang tamu. Cik Noni yang jelas baru bangun tidur dia pandang biasa.

"Cik Noni."

Cik Noni menghampiri sambil tangan naik menutup mulut yang luas menguap.

"Awalnya kau bangun."

Maryam senyum kecil.

"Yam ganggu Cik Noni ya?"

"Ganggu jugak. Tapi takpe, bukan selalu." Balas Cik Noni sambil tersenyum manis memandang Maryam. Maryam ikut senyum. Melihat Cik Noni, Maryam terfikir. Kenapalah mak ciknya yang seorang ini belum kahwin lagi. Tengok muka bangun pagi dia. Lawo!

"Ni..." Teguran Cik Noni menghentikan tanda tanya dalam kepala. Cik Noni dipandang.

"Semangat ni mesti sebab mak dengan babah kau nak datang kan?"

"Mueen sekali."

Cik Noni menepuk tangan perlahan. Muka anak abangnya ini yang bersahaja itu dia pandang. Nampak biasa aje, tapi boleh kesan teruja di situ.

"Ya. Mueen sekali."

"Babah ada bagitahu bila sampai?" Soal Maryam.

Cik Noni mengangguk perlahan. "Ada. Mungkin dalam petang sikit."

Maryam angguk perlahan.

"Kenapa tak tanya sendiri kat babah?"

"Dah tanya tapi babah tak balas."

"Bila kau tanya?"

"Bangun tidur tadi." Maryam menjawab sambil tarik senyum kambing dia.

Cik Noni terus buat muka. "Kau ingat kau comel, Yam?"

SELESAI bersarapan pagi, Maryam terus berlalu pergi ke biliknya. Buku-buku teks yang bersepah di atas mejanya dia susun sehingga teratur dan kemas. Kemudian dia labuhkan duduk di hadapan meja belajarnya.

Telefon diambil dan nombor Aisyah didail. Sementara takde kerja dah ni.

Tut tut... Tut tut... Tut tut...

Berkerut kening Maryam. Panggilan dibatalkan. Sekali lagi dia mencuba dan seperti tadi juga panggilannya tidak dijawab.

"Pelik." Komen Maryam. Dia buka aplikasi WhatsApp dan ruang chat dia berasama Aisyah dibuka. Mata terus lihat last seen Aisyah.

Yesterday 11:34 pm.

Laju tangan menulis pesanan buat kawan baiknya itu.

You
Kau pergi mana? Aku call tak jawab pun.

Kemudian dia pergi ke ruang Status pula. Nak mencari, mana tahu Aisyah ada beritahu apa-apa di ruang status gadis itu. Ternyata tiada.

"Mana ni? Khairul. Amani. Kalilah. Hawwa. Hanim. Subhi." Mulut terus berhenti membaca nama-nama yang kongsikan status di WhatsApp.

Mata terkedip laju seketika. Dah dua bulan dia tidak dengar khabar berita lelaki itu. Irfan juga. Dia memang dah putuskan hubungan dengan mereka. Cuma tak dibuang dan diblok nombor sahaja.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now