A95

5.1K 620 89
                                    

*Ada yang belum tidur ke?

SETELAH siap menunaikan Solat Zuhur, masing-masing cari tempat sesuai untuk mereka makan. Disebabkan keberadaan mereka yang boleh tahan lama juga di Wonder Food Museum tadi, tekak masing-masing mula membuat permintaan khusus untuk makan tengah hari. Ada yang minta Mee Kari, ada yang minta Nasi Dagang, ada yang minta Satay. Bagitahu. Macam mana nak dapat semua makanan tu di satu tempat dalam Penang ni? Takde weh. Jenuh nak pusing satu-satu tempat hanya sebab nak ikutkan selera tekak masing-masing.

"What? You only live once, kut? Apa salahnya kita cari makanan ikut selera masing-masing?" Heng bersuara tak puasa hati. Dia lah yang minta nak makan Nasi Dagang kat tengah-tengah pulau ni.

"Buang masa lah. Lain tahun lah nak buat food hunting pun." Kata Johari. Dia dah mula lap peluh yang merinik di dahi dek kepanasan.

"Dan masalah kita nak berdiri tengah panas macam ni kenapa? Jom lah duduk kat tempat bus stop tu sekejap!" Rungut Johari geram. Tanpa menunggu jawapan yang lain, terus kaki menuju ke bus stop yang dia katakan tadi. Lantak pi lah yang lain nak tanned kan kulit ke, apa ke. Dia tak peduli.

"Maryam, jom. Aku pun panas dah ni. Kau dengan Irfan pun. Tak rasa panas ke pakai baju hitam?" Ajak Aisyah sambil tarik tangan Maryam.

Pandangan Maryam bertemu dengan pandangan Irfan. Ya. Mereka berpakaian satu tema. All black. Takde lah all black sangat. Tudung, Maryam pakai bawal warna salmon pink, sesuai dengan kasut sneakers yang dipakainya. Irfan pun sama. Hanya kasut sahaja bukan hitam tapi putih dan biru gelap.

"Haah lah. Aku macam baru perasan yang kauorang macam couple gitu. Berjanji ek semalam?" Subhi menyakat. Irfan dicucuk-cucuk pada lengan sambil mata kenyit-kenyit pandang Maryam.

Maryam alih pandangan. Subhi ni lah! Nampak betul dah move on di situ sampai selamba aje dia dicouplekan dengan Irfan. Boleh lah lepas ni kalau dia putus cinta ke, minta aje tips move on dari lelaki hitam manis itu.

Irfan sikukan Subhi yang dah gelak besar. Masing-masing mula ambil langkah menghampiri Johari, Maryam dan Aisyah yang dah duduk di bus stop. Duduk bawah satu bus stop dengan Maryam buat Irfan teringat memori lama mereka berdua.

Maryam pandang kakinya. Sempat juga dia jeling mata melihat kasut sneakers putih biru Irfan yang tidak jauh darinya. Teringat memori sebelum dia berpindah.

Maryam angkat pandangan.

Irfan angkat pandangan.

Pandangan mereka bertembung sebelum pipi masing-masing memerah dan laju keduanya alihkan pandangan.

'Dia teringat benda sama ke?' Tanya hati Irfan.

'Mesti dia ingat aku teringat waktu dulu ni! Malunya!!! Wait. What, Yam? Gediknya kau!' Hati sedap mengutuk diri sendiri.

Tapi tidak lama selepas itu, masing-masing sembunyi senyum. Alahai.

"Dah kenapa semua diam pulak ni? Cepatlah pilih tempat makan! Aku lapar ni!" Dan macam biasa. Johari yang akan rosakkan mood.

Semua pandang Johari yang dah serupa nak menangis itu dengan gelengan kecil.

ENTOPIA Butterfly Garden Penang menjadi tempat tuju mereka setelah masing-masing kenyang menikmati makanan tengah hari. Alih-alih McDonald's juga menjadi pilihan mereka. Daripada sibuk bergaduh, baik aje pergi restoran makanan segera yang memang ada depan mata. Tak payah pening-pening. Idea Johari juga tu.

Setelah membeli tiket dan memakai gelang tiket di tangan, masing-masing masuk ke ruang Entopia Butterfly Garden. Sempat juga mereka bergambar secara berkumpulan di depan bangunan besar taman rama-rama itu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now