ADORE ; FUTURE 5

4.1K 349 71
                                    

MARYAM baru sudah mengangkat kain jemuran. Dengan langkah tenang, bakul berisi kain di bawa ke tengah ruang tamu. Duduk bersila di atas sofa, kerja melipat kain jemuran bermula.

Satu persatu baju kering bersih lagi wangi dibawa dari bakul baju sebelum Maryam melipatnya dengan kemas. Mana yang perlu digosok, Maryam letak tepi dahulu.

Diam sahaja Maryam lakukan kerja. Tiada suara. Hanya dia dan kain baju. Kadang yang kedengaran pun libasan baju. Tak nak baju terlalu berkedut.

Sedang Maryam fokus dengan kerjanya, tiba-tiba sahaja fokus Maryam terganggu. Dejavu. Seperti dia pernah rasa satu waktu dahulu. Tanpa kata, Maryam terus menoleh dengan dada yang sudah berubah rentak daripada biasa.

Menoleh, Maryam terus ukir senyum tipis. Semua kerana mata yang menangkap Irfan yang elok bersandar sambil peluk tubuh di dinding. Wajah lelaki itu kosong tanpa riak. Hanya lurus memandangnya dari jauh.

Oh, dejavu. Maryam tak sangka rasa yang sama masih berbaki dalam diri walhal orang yang dikasihi sudah terang-terang wujud dalam kehidupan sehari-harinya.

"Irfan." Panggil Maryam. Tak jadi dah nak sambung buat kerja. Ada Irfan, terus hati gedik nak bermanja.

Maryam terfikir kadang kala. Mana entah pergi perangai dingin beku yang dijaga sejak dulu. Hanya kerana seorang Irfan Daniel a.k.a ID, semua lesap tanpa jejak.

Lelaki ini, dia sangat hebat kerana berjaya luluhkan dingin beku seorang Siti Maryam.

Mendengar namanya diseru, Irfan jatuhkan tangan. Bibir tak perlu dipaksa. Memang terus ukir senyum buat wanita kegemarannya.

"Yummy." Sahutan Maryam dibalas. Kaki mula mengorak langkah menghampiri Maryam.

Maryam senyum. Bila Irfan usap pipinya lembut, mata Maryam terpejam sendiri. Dan bila dia muka mata, wajah Irfan dah rapat dengannya.

Jantung buat hal lagi. Dengan Irfan, selalu sahaja degup jantungnya berubah rentak.

Irfan senyum lihat mata bulat Maryam. Pipi wanita kesayangannya itu tak perlu cakap. Hangat dalam tangannya.

"Sayang." Seiring itu, satu kucupan lembut singgah di pipi Maryam.

Maryam tersipu malu sendiri. Ditolak perlahan Irfan agar menjauh. Jenuh kalau dimanja hari-hari begini.

Menerima penolakan Maryam, Irfan lepaskan tawa kecil. Seiring itu, elok punggung dilabuhkan di sebelah Maryam. Tanpa bicara sehelai baju dikeluarkan dari bakul lalu dihulur kepada Maryam.

Maryam gelak kecil.

"Ingatkan nak tolong lipat kan." Mencebir, baju yang dihulur Irfan diambil jua.

Irfan senyum. Ubah duduk, Irfan dah mula selesakan diri duduk di belakang Maryam. Selamba dia tarik Maryam duduk di antara kakinya. Pinggang Maryam juga sudah dipeluk longgar.

Lihat tahap melekat Irfan dengannya, Maryam hanya menggeleng kecil. Kerja dilakukan seperti biasa. Irfan pun biasa sahaja hulurkan setiap helaian baju dalam bakul kepada Maryam.

Masing-masing selesa dalam diam begitu. Merasa kehadiran masing-masing dengan cara yang tersendiri.

"Last piece." Ujar Irfan seraya menghulurkan sehelai seluar kepada Maryam.

Maryam senyum lalu melipat seluar itu dengan kemas. Selesai, diletakkan lipatan seluar itu dengan kemas.

"Terima kasih kerana membantu." Ucap Maryam. Kepala menoleh sedikit memandang Irfan.

Irfan senyum lalu tarik Maryam rapat dengannya. Senang hati bila Maryam elok bersandar di dada bidangnya. Maryam pula mula selesakan duduk badannya.

Lihat Maryam dari sisi, tangan Irfan mula bermain dengan rambut lembut Maryam. Lembut dan wangi. Kegemarannya. Sesekali pipi Maryam dicuit, buat Maryam kegelian dan akhirnya tawa kecil mula kedengaran. Dengar itu, Irfan simpan senyum.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now