A18

6K 645 50
                                    

SEBUNGKUS pek besar keropok Mister Potato digigitnya memandangkan tangan dah penuh dengan makanan ringan lain. Pun begitu, mata masih lagi melilau mencari makanan ringan sedap yang lain. Nak melepak di rumah Subhi main PSP mestilah kena ada 'bekal' secukupnya. Kalau tidak, game tak boleh jalan.

Sedang elok matanya melilau mencari makanan ringan yang lain, tidak semena-mena bahunya dilanggar dari arah belakang, membuatkan dia hilang pertimbangan lalu jatuh tersembam sedikit. Habis berterabur makanan ringan yang dibawanya.

Geram! Itu yang dia rasa sekarang. Dia sikit punya sado dan tinggi ni... takkan tak nampak kut?

"Woi! Buta ke?" Terus Irfan menyembur geram sebaik sahaja dia dah tegakkan badan. Orang yang dilanggarnya dipandang penuh geram. Tapi sekejap cuma sebelum mulutnya ternganga sedikit.

"Sorry, sorry." Mueen memohon maaf. Terus dia tunduk mengutip bungkusan-bungkusan makanan ringan Irfan yang berterabur di lantai kedai.

Irfan terkebil-kebil memandang Mueen. Dia tahu ini adik Maryam. Cuma dia tak tahu macam mana bakal adik ipar... eh? Tak. Macam mana adik ni boleh ada di sini?

"Mueen..." Mendengarkan suara lembut yang memanggil Mueen, Irfan terus halakan pandangan ke arah depan. Kalau tadi mulut di ternganga sedikit, sekarang siap ada air liur meleleh lagi.

'MashaAllah! Bidadari aku!' Spontan ayat itu terpacul keluar dari hati kecilnya.

Maryam pandang Mueen sebelum dia pandang lelaki yang berada di hadapan Mueen. Terkebil-kebil sekejap dia melihat wajah Irfan.

'Ni... bukan yang kat bus stop tu ke?' Soal Maryam dalam hati.

"Mueen, kau buat apa?" Tanya Maryam. Mengingatkan kembali macam mana pertemuan mereka berdua, Maryam jadi sedikit risau. Mamat ni tengah memeras ugut Mueen ke?

Mueen menoleh sebelum dia bangun. Bungkusan-bungkusan makanan ringan yang dia kutip tadi, dia hulurkan kepada Irfan yang kaku di tempatnya.

"Sorry, bang. Saya tak nampak tadi. Jalan kepala pandang belakang." Mueen pantas memohon maaf, sedar dengan kesalahan sendiri.

Irfan mengangguk. Mueen dipandang. Tak berani nak bertentang dua mata dengan Maryam yang tunak memandangnya tanpa riak. Walaupun dah biasa tengok wajah tanpa riak Maryam dari jauh, tak semestinya dari jarak dekat dia boleh biasakan. Kan?

"Terlanggar tadi." Beritahu Mueen bila lihat riak wajah Maryam. Tertanya-tanya juga dia. Maryam kenal budak nakal sekolah ni? Bukan ke Maryam jenis tak ambil tahu?

Maryam angguk sebelum dia menarik pergi Mueen beredar dari situ. Banyak lagi barang-barang yang perlu mereka beli. Sudahlah kebanyakan barang yang Puan Nashiah mahu sudah habis. Haih!

Irfan hanya memandang dua beradik itu. Dia tanpa sedar dah scan penampilan Maryam dari atas ke bawah. Jarang rasanya lihat Maryam memakai selendang.

Dan bila mata sampai pada kaki Maryam, tanpa aba-aba, terus bibir melorek senyuman keterujaan.

"Sandal tu..." Bibir dikemam sebelum dia pandang kakinya juga. Sandal yang sama macam Maryam tersarung juga di kakinya. Awww!!! Dia boleh berangan jadi pasangan sweet dengan Maryam ni!

Tanpa Irfan sendiri sedar, dia dah melayangkan tumbukan angin bertubi-tubi dek kerana gembira Maryam menggunakan sandal pemberiannya. Tak dihiraukan langsung mata yang memandang. Yalah. Nama pun tak sedar.

"Kau buat apa ni?" Satu soalan yang ditangkap pendengarannya membuatkan tumbukan angin Irfan terhenti terus.

Irfan menoleh ingin melihat siapa yang bertanya. Cuba teka siapa?

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now