A64

4.8K 593 40
                                    

CIKGU Ghazali baru sahaja selesai mengajar dan sekarang guru lelaki itu sedang mengemas barang-barangnya di meja guru. Sempat mata menebarkan pandang kepada anak muridnya yang sedang riuh mengemas buku, bersedia untuk subjek seterusnya.

Meja diketuk perlahan untuk menarik perhatian pelajar-pelajarnya seketika. Tak perlu tunggu lama, semua dah berhenti buat kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Semacam robot, semua serentak. Nak gelak, tapi memuji Bagus lagi baik rasanya.

"Lepas ni subjek apa?" Tanya Cikgu Ghazali. Dipandang para pelajarnya yang sedang memandangnya juga.

"Kimia, cikgu." Khairul menjawab sebagai wakil dan yang lain hanya mengangguk mengiyakan. Ketua lebih tahu, guys.

"Hmm. Lepas ni, semua guru tingkatan lima ada mesyuarat penting." Mukaddimah kata nak diteruskan lagi, tapi bila nampak riak seronok para pelajarnya, terus mulut tekatup sendiri. Riak mereka ni macam baru menang loteri. Kebanyakannya macam tu.  Yang acah-acah tak nak tunjuk macam? Maryam, Hamzah, Diana dan Joshua hanya senyum senget aje. Acah sangat.

"Hei, hei!" Meja diketuk perlahan menarik kembali perhatian para pelajarnya. Walau berjaya, riak masing-masing masih seperti tadi.

"Amboi, sukanya! Tahu tak cikgu-cikgu mesyuarat ni sebab perangai kau orang macam ini lah. Macam ini." Cikgu Ghazali acah-acah mencekak pinggang. Kononnya marah lah tu tapi tak nampak langsung. Pelajar Kelas 5-3 pun ada yang dah terkekeh.

"Perangai kami elok aje, cikgu. Nak mesyuarat apa lagi." Selamba Joshua membalas gurauan cikgu lelaki itu. Tengah good mood ni, sahutlah seruan nak bergurau tu. Kalau bad mood, takde maknanya.

Cikgu Ghazali menggeleng kecil.

"Takde makna bagus. Asal sebut mesyuarat, semua macam nak menang loteri. Yang bagusnya bila cikgu sebut mesyuarat sedih sebab tak dapat belajar. Itu baru Bagus!" Cikgu Ghazali membebel kecil.

"Sedih tu, mestilah. Tapi, Tuhan nak bagi rehat sekejap, syukurlah cikgu." Mior membalas sambil sengih panjang. Yang lain bersorak setuju.

"Rezeki jangan tolak, cikgu!" Imani pula bersuara. Terkekeh dia.

Cikgu Ghazali menggeleng kecil. "Banyak lah kau orang. Dah, sekarang kemas barang dan bawa buku nilam serta pen pergi perpustakaan. Cikgu nak tengok besok laporan nilam kamu semua. Tak cukup sepuluh buah buku dengan ringkasan buku yang cantik, bersedialah!"

Melopong semua dengar kata-kata Cikgu Ghazali yang dah berjalan keluar dari kelas dengan senyum sinis tertempel di bibir. Hilang sahaja cikgu lelaki itu dari pandangan, masing-masing mendengus tak puas hati.

Maryam pandang Aisyah. Kawannya itu salah seorang yang paling kuat dengusannya.

"Perlahan sikit. Faris tengah tengok kau tu." Bisik Maryam perlahan. Mata kerling pandang Faris sekilas.

Aisyah spontan pandang Faris dan bila lelaki itu senyum kepadanya, terus kekok senyum dia. Dan dengan kekok yang sama dia pusing pandang Maryam semula.

"Oho, dah pandai main mata lah kawan kita ni." Hawwa yang menjadi pemerhati sedari tadi mula menyakat.

Jatuh rahang Aisyah. Hawwa dipukul kuat. "Kau jangan merepek, eh! Dah siap kan? Pergi library cepat!" Cepat dia menghalau kemudiannya.

"Eleh, malu lah tu! Lila, jom!" Sempat lagi Hawwa menyakat sebelum dia tarik tangan Kalilah untuk berlalu dari situ. Aisyah tak sempat nak pukul.

Maryam yang dah siap dengan buku nilam serta pencil boxnya dia pandang tajam. Oh, tengok sahaja wajah selamba Maryam sekarang. Macam tadi dia tak buat apa-apa pula. Yang kena melayan sakatan budak berdua tu, dia. Bukan Maryam muka beku ni!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now