A1

29.4K 1K 44
                                    

PERPUSTAKAAN yang senyap sunyi itu dimasukinya. Mata melilau memandang beberapa orang pelajar yang ada di dalamnya. Maryam buat kesimpulan itu adalah pelajar-pelajar sesi pagi yang stay up untuk mentelaah kitab. Yalah. Peperiksaan Awal Tahun tinggal dua minggu aje lagi.

Beg galas berwarna hitam yang digalasnya diletakkan di sisi kaunter sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam ruang kerja Pengawas Perpustakaan Sekolah.

Heh. Dah lima tahun dia sandang jawatan ini. Ada rezeki lebih tahun ini, dia jadi Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber. Takde lah nak sangat pun sebenarnya sebab passionnya lebih kepada membaca dan merawat buku, bukan kepada jawatan semata-mata.

"Eh, Kak Yam." Suara yang menegur perlahan membuatkan Maryam menoleh memandang belakang. Ada Fatimah, pelajar Tingkatan Empat yang menyandang jawatan yang sama dengannya.

"Yo." Angkat tangan paras bahu sahaja sambil muka tidak beriak, Maryam balas teguran Fatimah tadi.

Fatimah hanya lempar senyum kecil melihat perilaku selamba seniornya itu. Acah cool sangat kakak yang seorang ini.

"Kak Yam bertugas hari ni? Bukan selalunya hari Selasa ke?" Tanya Fatimah. Meja kaunter dihampiri sambil tangan ambil buku rekod di dalam laci yang berdekatan.

Maryam angguk kecil. "Haah. Jadual dah tukar. Tahu tak?" Beritahu Maryam. Punggung dah dilabuhkan pada kerusi plastik berwarna biru yang berdekatan.

"Oh, lupa pula. Fatimah tahu, cuma tak berkesempatan nak tengok." Sengih Fatimah di akhir kata.

"Pergi lah tengok. Kita rasa, hari ni kita sorang aje yang bertugas." Arah Maryam tanpa memandang Fatimah. Buku Kedatangan Bertugas dia capai dan beberapa butiran penting dia isi dengan tenang.

Fatimah mengangguk sebelum dia berlalu pergi untuk melihat Jadual Bertugas yang ditampal pada Papan Kenyataan di luar perpustakaan.

Maryam masih mengisi butiran penting. Sesekali dia membelek helaian sebelumnya untuk menyemak butiran yang diisi pengawas bertugas. Punctual ke tak. Disiplin kena jaga.

"Kak Yam." Maryam angkat muka dari buku. Fatimah yang tersengih dipandang tanpa riak pada wajahnya.

"Hari apa?" Soalnya pendek.

"Jumaat dan Isnin." Jawab Fatimah dengan sengihan yang masih belum pudar. Maryam nampak gadis itu dah mula mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg.

Maryam senyum senget.

"Nasib baik tengok. Tidak, bertugas tiga kali seminggu lah jawabnya."

Fatimah lepaskan tawa kecil.

"Fatimah balik dulu ya?" Pamit Fatimah. Beg dah digalas pada bahu dengan tangan dah bawa beberapa buku teks sekolah.

Maryam angguk dan angkat tangan sebelum dia melambai kecil. Bila hilang sahaja bayang Fatimah dari pandangan mata, Maryam kembali menunduk memeriksa semula buku.

'Budak-budak ni... masa bertugas tak jaga dengan baik lagi.' Omel Maryam dalam hati sebelum dia ambil highlight sebelum nama-nama pengawas yang tak amanah dengan masa digariskannya.

"Ehem."

Tangan yang sedang menggariskan nama terhenti bila telinganya menangkap dehaman kecil di hadapannya.

'Masa aku tak habis garis ni lagi lah nak tegur. Siapa pulak ni?' Sekali lagi Maryam mengomel perlahan dalam hati

Tanpa mengangkat muka, Maryam angkat tinggi tangannya, menyuruh orang yang menyeru dengan dehaman itu tunggu sebentar.

"Kejap." Katanya pendek. Takut orang yang menegur tu tak faham pula.

Maryam sambung garis. Dah siap, penutup highlight diambil dan dibawa ke mulut highlight. Tutup rapat dan lepas tu baru dia angkat muka.

"Eh?" Terpacul perkataan pendek itu dari mulut Maryam bila tiada kelibat sesiapa pun di hadapan kaunter. Hanya ada dia.

Maryam bangun dan ruang dalam perpustakaan dia pandang. Tak nampak pula tanda-tanda pelajar beralih tempat. Masing-masing masih fokus dengan mentelaah.

Tersenget sedikit kepala Maryam.

"Aku salah dengar ke?" Bisiknya perlahan dengan muka tanpa riak.

Jongket bahu dan kembali duduk. Dan tiba-tiba dia kaku di kerusi sendiri. Matanya terarah pada lipatan kertas kecil berwarna biru cair di atas meja kaunter.

Bulu roma meremang dengan sendiri. Mukanya yang tanpa riak tadi berubah takut seketika.

"Tadi... tadi takde..." Maryam dah cuak sendiri. Benda-benda paranormal ni boleh buat cool dia terbang melayang tahu tak. Dengan kilat! Memang hilang habis cool dia.

Pandang kiri... pandang kanan... memang tak ada tanda-tanda orang baru hantar. Jatuh dari alam mana pula ni?

Dengan tegukan air liur yang tersekat di kerongkong, Maryam ambil kertas berlipat itu.

"Bismillah..." Tiup sekali pada kertas. Tengok dek orang ni... malu dia. Tak pernah-pernah dia berkelakuan macam ni.

Perlahan-lahan lipatan kertas dibuka. Dan terus, wajah yang tanpa riak itu berona merah terus.

I need you baby
And if it's quite all right
I need you baby
To warm the lonely nights
I love you baby
Trust in me when I say

I.D

Apakah ini? Luahan rasa kah? Pada dia kah? Dari mana? Daripada siapa? I.D? Siapa?!

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now