1

1.4K 157 7
                                    

Kenapa dia jadi macam ini, senyap dan menjauhkan diri dari aku?

Cuma apa salah aku yang sebenarnya?

Dia tidak pernah berkelakuan begitu sebelum ini.

Dia tidak pernah mengabaikan aku.

Sekarang ini berbeza, bila aku telefon dia tidak jawab, bila aku mesej dia langsung tidak terkutik untuk membalas.

Iya aku faham dia sibuk dengan kerjanya, tetapi takkanlah langsung tidak ada masa untuk aku?

Sudahlah tarikh pertunangan kami sudah semakin hampir. Apa aku mahu jawab pada ibu dan ayah aku bila mereka bertanya berkaitan dia?

Butang hijau pada skrin telefon aku tekan lagi. Buat kali yang sepuluh, lalu melekapkannya pada telinga dengan debaran di dada. Berharap dia akan menjawab panggilan aku untuk kalini.

Kali ini sahaja, tolonglah. . .

'The number you call is not available'

"Jongin, awak tolonglah jawab.."

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now