25

770 109 25
                                    

Selepas seminggu berlalu, aku sedikit sebanyak sudah boleh menerima kenyataan yang aku terpaksa dan harus menerima anak ini walau apapun alasan aku untuk membencinya.

Tetapi bila difikirkan semula, aku tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengapa aku perlu membenci anak ini. Dia anak aku, jug darah daging aku. Sebahagian daripada diri aku. Malahan kini dia membesar di dalam tubuh aku. Apa alasan yang aku ada untuk membencinya?

Tiada.

Mungkin Tuhan sengaja mahu menguji sejauh mana aku boleh bersabar.

Yang pasti, aku belum bersedia lagi untuk bertemu dengan sesiapa buat masa sekarang ini. Ibu dan ayah, ada selalu menelefon bertanyakan khabar aku. Dan aku berbohong dengan mengatakan yang aku baik-baik sahaja. Aku tidak dapat membayangkan bila suatu hari nanti mereka mendapat tahu yang aku sedang mengandung anak yang tidak sah taraf. Pasti mereka malu mempunyai anak seperti aku.

Duduk sahaja di dalam bilik ini membuat aku menjadi bosan. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar dan mengambil angin seketika. Bila aku menapak ke luar bilik, pancaindera pendengaran aku menangkap suara-suara halus Jiwon sedang berbicara dengan seseorang. Lelaki rasanya.

Itu yang membuat aku semakin tertarik untuk melihatnya siapa. Jadi aku bergerak ke bahagian ruang tamu untuk menemui Jiwon.

Jantung aku tiba-tiba berasa berhenti bekerja untuk beberapa saat setelah melihat gerangan empunya suara tadi adalah siapa yang sebenarnya. Aku ternganga seolah-olah tidak percaya kehadirannya di sini. Mahu menangis juga ada.

Matanya bertemu dengan mata aku. “Kim Na Young.”

Perut aku terus terasa bergelocak setelah mendengat suaranya yang serak-serak basah itu. Sepertinya anak aku ini juga berasa senang dengan kehadiran ayahnya di sini. Tahu-tahu sahaja dia itu adalah ayahnya.

Chanyeol, aku ingat nama dia.

Tapi, dia salah sebut nama aku tadi.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now