7

894 123 13
                                    

Kebosanan yang melanda diri aku sudah melebihi tahapnya.

Aku yang tidak pernah begitu obses menonton televisyen pula sudah dapat menghafal setiap siarannya. Sama sahaja pada setiap hari, pada setiap jam. Aku hafal, pada pukul berapa drama apa yang ditayangkan, pada minit ke berapa bakal iklan yang mengambil alih. Dan iklan yang aku paling suka, adalah iklan Air Purifier Coway.

Hahaha duta dia kacak, pft.

Terkurung di dalam rumah sahaja inikan, membuat otak aku menjadi tidak betul. Dan, pernah sekali aku menangis tanpa alsebab yang muhasabah tetapi selepas itu aku ketawa lagi. Entahlah, otak aku benar-benar miring setelah putus cinta.

Oh kenapalah aku tidak boleh menjadi seperti dia?

Yang begitu mudah mengubah hati.

Oh Tuhan, ubahlah hati aku segera.

Aku juga mahu bahagia.

Okay baiklah, aku sudah semakin senget.

Disebabkan aku berasa begitu, aku dengan gediknya mahu meminta Jiwon untuk menghapuskam segala kebosanan aku ini. Aku dekati dia yang baru sahaja balik dari jalan bersama teman lelakinya, dan sekarang sedang terbongkang di sofa.

“Jiwon. . .”

“Umm. . .” Dia menggumam sambil menutup mata.

Babe, aku bosanlah duduk dalam rumah terus. Kau ada tahu tidak, mana-mana tempat yang menarik untuk lepaskan stress dan emm, kau tahu..” Aku rebahkan tubuh sebelah dia. “Untuk. . .melupakan dia.”

“Oh!” Cepat matanya terbuka lalu berpaling menghadap aku yang sedang menempel riak sepuluh sen pada muka. “Kau serius ini mahu ikut pergi?”

“Seriuslah, aku betul-betul mahu melupakan dia.”

“Baiklah! Kalau begitu kau berjumpa dengan orang yang betul. Malam ini, aku bawa kau pergi sana. Aku confirm, kau akan terhibur punya.. Dan yang penting.”

Jiwon gantungkan ayat dan cuba menghantar sambungannya melalui airmuka kepada aku. Aku ini sudahlah bengap, dan selalu loading lambat. Maklumlah aku guna sim Maxis, memang slow.

“Yang penting????”

Dia jentik dahi aku. “Bengap,” Aku sudah katakan tadi. “Yang penting, kau dapat lupakan kumbang tahi itu dan, emm manatahu kau dapat pasangan baru.”

Pasangan baru?

Bunyinya sangat aneh, dan amat mustahil.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now