117

551 62 10
                                    

Selalunya setelah balik dari kerja aku akan terus ke dalam bilik dan tidur sebab penat. Tapi lain pula yang berlaku hari ini. Aku benar-benar terkejut bila mendapati ada sebuah keluarga yang menjadi tetamu Mama. Bahasa mudahnya, rombongan pinangan dari pihak lelaki.

Macam mahu jatuh rahang aku ke lantai.

Dan, kekok.

Lagi-lagi bila semua tumpuan mereka kini teralih ke arah aku sebaik sahaja aku menjejak ke dalam rumah. Aku paksakan senyuman lalu menundukkan badan tanda hormat.

“Inilah anak saya, Shin Yeong.” Ah, Mama. Perlukah buat semua ini. Maka aku sudah katakan yang aku tidak mahu menerima lamaran ini.

“Wah, patutlah Loey bersungguh-sungguh mahu memperisterikan Shin Yeong. Cantik ya.”

Aku tersenyum kelat.

Loey? Lelaki mana pula ini?

Aku tak kenal langsung.

“Aunty rasa, baik Shin Yeong berjumpa dulu dengan dia. Buat sesi perkenalan, kan? Kalau berkenan, bolehlah kita lanjutankan.” Ujar wanita berusia itu diiringi dengan sengihan oleh mereka yang lainnya termasuk Mama.

Serius, Mama?

Ugh.

Urm, Shin Yeong pergilah jumpa dia. Loey ada dekat taman, bawakan sekali teh ini.” Arah Mama dengan tersungging senyuman manis di bibirnya.

Aku keruhkan air muka, dan mencuba menghantar pandangan; Mama, Yeong tak nak terima dia dan jangan haraplah Yeong nak jumpa dia pada Mama. Malangnya, ekpresi Mama jauh lebih menakutkan daripada aku.

Hantar sekarang, jangan malukan Mama, kalau tidak Mama akan mogok dari memasakkan kamu makanan hari-hari, itu pandangan Mama dengan mata yang dibeliakkan.

Dengan langkah berat aku mengambil secawan teh tersebut dan bergerak ke taman di tepi rumah. Oh tidak mengapa, aku sendiri akan membuat lelaki bernama Loey itu membatalkan lamaran ini.

Aku akan simbah dia dengan air teh panas ini.

Tunggulah, nasib dia nanti.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now