Epilogue

753 83 10
                                    

Benarlah pepatah, kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.

Bahagia.

Derita.

Sedih.

Gembira.

Itu semua lumrah dalam setiap hidup manusia.

Dan yang melawan takdir itu bukanlah Chanyeol, namun aku yang sebenarnya telah melawan takdir. Mencuba menidakkan apa yang telah ditakdirkan buat aku. Sedangkan sudah terang bahawa, lelaki bernama Park Chanyeol itu adalah kebahagiaan aku yang sebenar-benarnya.

Walaupun pada awalnya, dia merupakan kesalahan terbesar dalam hidup aku.

Oh ya, nama dia Park Yeol juga. Entahlah suami aku itu, terlalu banyak buah fikirannya untuk mengenakan aku. Tetapi, aku bersyukur juga kerana jika bukan disebabkan peristiwa itu. Mungkin sehingga ke hari ini aku akan dihimpit perasaan bersalah dan, penyesalan.

Semua ini berkat ibu juga.

Rupanya selama ketiadaan aku, ibu telah datang berjumpa dengan Mama dan Papa. Dia menerangkan segala-galanya yang terjadi selama ini terhadap aku dan Chanyeol. Dan rancangan lamaran palsu itu, adalah rancangan mereka bersama. Aku tidak tahu harus berkata apa lagi.

Aku cukup terharu.

Memang memaafkan adalah satu perkara yang mudah untuk diungkapkan namun sukar untuk dilaksana. Mujurlah Mama dan Papa mahu memaafkan aku. Padahal begitu banyak dosa yang telah aku lakukan pada mereka. Aku banyak menjatuhkan air muka mereka. Sungguh, aku benar-benar merasakan suatu kelegaan yang luar biasa apabila semua kekusutan yang berlaku telah berakhir.

Yang ada tinggal hanyalah, kebahagiaan yang tidak terhingga.

Ibu dan Ayah Chanyeol, serta Mama dan Papa, selalu berkumpul sebagai satu keluarga.

Aku juga, bersama keluarga kecil aku.

Chanyeol, dan Chansung si kecil aku yang sudah semakin meningkat usia.

Tanpa disedari, genap setahun Chansung pada hari ini. Dia sudah mula belajar berjalan walaupun masih terkekok. Kadang-kadang gelagatnya mengundang tawa. Chanyeol yang selalu meluangkan masa untuk mengajarnya berjalan dengan bantuannya.

Melihatkan senyuman mereka berdua, bibir aku juga secara spontan tersenyum.

“Sayang,” Chanyeol hampiri aku lalu duduk di disebelah aku di atas buaian ini. “Kenapa duduk di sini sahaja? Penat?”

“Iya, letih sikit lepas kemas pakaian tadi.”

“Sayang jangan kerja berat sangat. Aku risaukan keadaan sayang,” Dia toleh pandang aku dengan senyuman lebarnya. Lengannya dia selitkan di belakang leher aku lalu aku ditarik dekat dengannya. “Nanti jatuh sakit, siapa susah huh?”

“Iya, saya tahu. Awak janganlah risau. Saya okey dah pun.”

“Menjawab lagi. Dengar sahaja apa yang suami nasihatkan jangan bantah. Sebab apa yang suami katakan itu benar, faham sayang?”

Aku hanya menganggukkan kepala, malas mahu berdebat denngan Chanyeol. Memang tidak akan pernah menang. “Awak, saya nak cakap sesuatu boleh?”

“Cakaplah, apa dia.”

“Terima kasih sebab awak tidak pernah berputus asa dengan saya, terima kasih sebab paksa saya terima awak, terima kasih untuk segalanya, dan saya cintakan awak Park Chanyeol.”

Dia cium dahi aku, lama.

“Sama-sama.”

Aku muncungkan bibir aku.

“Itu je?”

“Habistu, nak kata apa lagi?”

“Awak tak nak jawab yang cintakan saya juga?”

Dia menggelengkan kepala, lantas laju sahaja tangan aku pukul dada dia tanda protes.

Chanyeol pula sudah ketawa terkekek-kekek sambil pegang dadanya yang kena tampar tadi.

“Aku cintakan kau, Cik Shin.”

Sumpah, aku benar-benar bahagia bersama dia.

. . . . .

The End.

. . . . .

Jadi, bagaimana? Okey tak?

Hehehehehhe piuh *lap keringat kat dahi* akhirnya tamat dah pun. Terima kasih pada semua readers yang support ff dari awal sampai akhir. Sayang korang semua. Dan em ya, jangan remove dulu eh. Hahahhaha manatahu aku tetibe rajin nak buat Special Part nanti. Apapun, kalau ada terkasar bahasa dan terbiadap, tak balas komen korang ke. Aku minta maaf :T

Okey bye. Jumpa di fic akan datang hehe.

woly

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now