Park Chanyeol I

763 91 24
                                    

(Park Chanyeol's preview)

Kehidupan, tidak kiralah betapa sukar dugaan yang menimpa, hidup harus diteruskan. Untuk apa aku menagih simpati dan kasih daripada seseorang yang langsung tidak tahu menghargai apa yang telah kita korbankan. Kenapa perlu aku merayu akan perhatian dia sedangkan aku tahu, dia telah mengkhianati aku? Bermain cinta di belakang aku. Sia-sia sahaja kesetiaan aku selama ini rupanya dia tidak sedikit pun terlintas di dalam fikirannya untuk setia pada aku.

Im Nayoun.

Tidak tahukah betapa aku menyayangi dia?

Ah, lupakanlah!

Bukan hanya dia seorang gadis di dalam dunia ini, masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih baik berbanding dia. Apa dia fikir cuma dia sahaja yang mampu berubah hati semudah menukar baju? Aku juga boleh.

Macam-macam telah aku lakukan, semata-mata untuk melupakan perempuan yang telah mempermainkan perasaan aku itu. Bermula dari memulakan langkah yang asas iaitu menghapuskan segala kenangan aku bersamanya. Semua hadiah pemberiannya aku buang ke dalam tong sampah. Apa sahaja barangan yang boleh mengingatkan aku pada penipuannya. Lalu aku mengambil keputusan untuk menghirup udara segar di luar setelah sekian lama terpuruk di dalam rumah sahaja. Aku sudah boleh diibaratkan seperti mayat hidup.

Sungguh, pengkhianatan Nayoun memberikan impak yang besar kepada aku. Mahu tidaknya, dia merupakan gadis yang mampu mengikat hati aku tanpa seutas benang. Mengenali dia sahaja, hati aku sudah terpaut padanya.

Tetapi tahi, hati aku dipijak-pijak saja olehnya.

Bodohlah.

Bodoh aku.

Setekad mana ikhtiar aku untuk melupakan dia, hati dan fikiran aku sentiasa mengkhianati aku. Mentah-mentah. Hakikatnya, cuma wajahnya yang masih berlegar-legar pada iris mata pada setiap kali aku berusaha menghapus ingatan tentangnya. Sekuat itu pengaruh menguasai aku?

Pada akhirnya, aku tahu yang dia tidak akan pernah kembali pada aku semula. Walau aku menangis dan meratap supaya masa dapat diundur semula agar aku dapat memperbaik apa sahaja tentang aku yang buruk di matanya sehingga dia memilih lelaki lain, masih aku tahu itu mustahil. Seandainya dengan menghentakkan kepala aku pada objek yang keras mampu membantu, sudah lama aku lakukannya. Namun aku tahu, itu adalah perkara yang bodoh yang dapat aku fikirkan kerana nyatanya, walau aku mati sekalipun Nayoun pasti tidak akan kisah langsung. Aku juga pasti akan dipandang cuma sekadar untuk meminta perhatian oleh dia.

Jadi itu, adalah perbuatan bodoh yang sia-sia.

Disebabkan aku tahu itu semua tidak berguna, cuma satu yang terlintas di dalam fikiran aku. Menghilangkan stress dan kekusutan ini dengan meminum bir sebanyak yang aku mahu. Biarlah kali itu, aku menikmati hidup tanpa perlu berfikir panjang, tanpa perlu menitikberatkan tentang perasaan orang lain. Apa salahnya jika sekali-sekala aku menjadi manusia yang kejam?

Lelaki yang tidak berguna, lelaki yang cuma tahu puaskan hati sahaja, lelaki yang suka menyakitkan hati perempuan.

Apa salahnya, bila aku juga mahu orang lain rasa apa yang aku rasa bila dikhianati?

Lalu pada malam itu, aku bertemu dengan dia, mangsa untuk aku lepaskan segala kemarahan, kekecewaan, dan kesedihan aku. Amat memalukan apabila dia mendapati aku yang sedang menangis meratapi kebodohan diri sendiri. Tetapi dia lebih bodoh kerana dia dengan beraninya memasuki bilik tempahan aku. Apa dia tidak pernah diajar supaya tidak mendekati sesiapa yang tidak dikenali? Kelamaan aku sedar, dia juga sebenarnya mabuk dan dilanda kemelut frustasi akibat dikecewakan. Dia juga, sama seperti aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now