74

610 90 3
                                    

Selepas melakukan monthly check up di klinik tadi, aku bercadang mahu membasahkan tekak dahulu di kafe berdekatan. Setelah itu baru aku pulang ke rumah. Tekak aku terasa mahu meminum Jus Strawberry segar.

Lebih kurang beberapa minit aku berjalan, akhirnya aku semakin menghampiri sebuah kafe yang agak lengang. Baguslah, aku memang tidak gemarkan suasana yang sesak dan banyak orang. Aku rasa lemas. Aku memerlukan ruangan yang luas, dan tenang.

Bercakap berkenaan ketenangan, serta-merta ia hilang sebaik sahaja aku mendapati seorang lelaki yang amat aku kenali di dalam kafe tersebut melalui cermin kaca. Jantung aku terus sahaja berdegup dengan begitu hebat sekali. Dengan kepantasan yang aku mampu, aku berpaling tubuh dan memandang ke hadapan. Berharapan yang lelaki itu tidak menyedari aku di sini. Langkah aku buka satu persatu, menjauhi kafe ini. Terpaksalah aku membatalkan niat aku mahu minum.

Aku tidak mahu bertembung dengan dia. Perasaan benci aku ini masih lagi membuak-buak tiap kali melihat mukanya.

“Kim Shin Yeong !”

Oh tak guna, dia nampak.

Aku melajukan langkah aku, tetapi selaju mana sahaja yang aku dapat lakukan. Hasilnya, dia dapat sahaja mengejar aku, malahan dia sudah berjaya menghalang laluan aku. Aku mengangkat wajah yang tegang semata-mata untuk memandang mukanya. Muka tidak malunya itu.

Yang dahulunya sesuka hatinya membuang aku, tetapi kini ada hati mahu bersemuka dengan aku. Sumpah, aku jijik dengan dia.

“Yeong tunggu dulu, saya nak cakap dengan awak.”

Dia berdiri betul-betul di hadapan aku sambil mendepakan tangannya bagi menghalang aku.

Perut aku terus terasa kejang sebab tadi aku bergerak dengan agak kasar, lalu tanpa pengawalan tangan aku bergerak ke situ sambil mengeluh halus. Setelah mengumpulkan kekuatan aku membalas pandangannya yang seolah-olah terpana dengan keadaan aku yang sedang berbadan dua ini.

“Awak nak cakap apa lagi? Tak cukup-cukup lagi awak sakitkan hati saya, hah?!” Tempelak aku dengan nada suara yang tinggi dan tajam.

Matanya tertumpu ke arah perut aku. “Awak, awak mengandung Shin Yeong?”

“Iya, saya mengandung. Awak belum buta mata lagikan, baru buta hati. Jadi tidak ada apa-apa lagi mohon ke tepi, jangan halang laluan saya.” Kata aku dan lengan aku menolak badannya sedikit lalu aku berlalu.

Malangnya, baru setapak aku beranjak dia paut lengan aku semula. “Yeong, saya minta maaf. Tolonglah jangan hukum saya seperti ini. Saya betul-betul rasa bersalah pada awak.”

Aku mencebik sinis. “Tiada apa-apa yang perlu kita bahaskan lagi. Awak nampak keadaan saya, kan? Saya sudah bersuami, dan tidak lama lagi saya akan mendapat anak pertama saya. Saya sudah teruskan hidup saya, dan saya harap awak juga akan teruskan hidup awak. Jangan cari saya lagi. Antara kita berdua sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Faham?”

Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakan. “Awak sudah kahwin, Yeong?”

“Iya, jadi tolong jauhi saya. Awak berbahagialah dengan perempuan pilihan awak itu.”

“Dia sudah tinggalkan saya, Yeong.”

Aku terdiam seketika.

Oh, mungkin inilah yang dikatakan karma.

“Shin Yeong, saya bukan mahu merosakkan rumah tangga awak, sungguh. Saya cuma minta awak berikan saya peluang untuk tebus kesalahan saya pada awak dulu. Selama ini saya dihimpit perasaan bersalah.”

“Sudahlah Jongin, tidak ada apa-apa lagi yang saya mahu katakan pada awak.”

Please Yeong, saya perlukan awak. Seseorang saya boleh kongsi masalah saya. Saya tidak minta lebih, selain hanya ruang dan peluang dari awak. Sekurang-kurangnya, terima saya sebagai kawan awak, boleh?”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now