9

807 119 0
                                    

Jadi malam ini, aku keluar untuk mencari hidup yang baharu.

Aku mahu rasakan apa yang namanya, kehidupan yang sempurna.

Bertemu dengan lelaki yang memang sukakan aku seadanya.

Kerana diri aku ini, bukan atas alasan yang lain. Setulusnya menerima kelemahan dan kelebihan aku.

Jadi, aku sudah bagitahu Jiwon untuk rahsiakan latar belakang aku. Supaya kesilapan lalu tidak akan berulang kembali. Aku jangkakan yang aku bersedia untuk mengharungi perubahan pada malam ini, tetapi sebaik sahaja sampai di tempat yang Jiwon maksudkan, aku terus hilang keyakinan diri yang tinggi mengalahkan Gunung Everest tadi.

“Weh babe.. Aku mana biasa pergi tempat macam ini. .”

“Memanglah tidak biasa, kalau kau tak pernah cuba.” Dia menjeling aku yang sedang berdiri kaku. Sudahlah baju yang Jiwon bagi ini ketat dan sendat di sana sini menampakkan lekuk tubuh badan aku. Dengan mekap yang melekat pada muka aku ini lagi, betul-betul membuat aku rasa aneh lagi-lagi dengan tempat ini.

Pub.

Apa yang aku lakukan ini?

Babe, aku nak baliklah. Aku tak nak masuk sini.” Aku merengek sambil menarik lengannya kembali ke arah kereta.

“Kau jangan mahu mengada iya. Kita sudah sampai sini, jadi kita masuk. Tak ada alasan. Kau dah cakap yang kau akan ikut semua apa yang aku cakapkan?”

“Iyalah ta—”

No, tidak ada tapi-tapi. Kita masuk.” Dia tolak belakang badan aku lalu sedikit demi sedikit aku maju ke hadapan sehingga masuk ke dalam pub ini. “ Jangan fikirkan apa-apa babe, kita datang sini untuk enjoy dan lepaskan stress. Okay?!”

Aku berasa seperti rusa masuk kampung, begitu janggal dengan keadaan sekeliling. Dengan lampunya yang berwarna-warni dan meriah, berkelip-kelip sehingga mata aku naik juling. Dunia aku terasa seperti berpusing-pusing dengan galaknya. Ini tidak masuk lagi setelah melihat begitu ramainya manusia di dalam sini sedang menari seperti orang yang tidak betul sahaja. Naik sengal badan aku bila kena sengol-sengol dengan mereka yang seperti hilang akal ini.

Jadi aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja. Tidak lama kemudian, Jiwon datang dengan botol besar di tangannya dan tiga biji gelas berkaki. Mata aku membulat setelah melihat apa sebenarnya isi air dalam botol itu.

“Wain?!”

Yes.”

“No no no no. I won't drink that things. No and never.”

Ohhh please babee... Just for tonight.”

“Tak babe, tidak maksudnya tidak.”

Oh yeah, you'll drink this.” Dia tersenyum sinis.

One Year Marriage ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin