97

589 78 2
                                    

Aku sudah membuat keputusan.

Aku akan pergi overseas buat sementara waktu ini, hanya untuk mencari ketenangan. Aku akan pergi membawa diri. Biarlah apa yang berlalu, dibiarkan berlalu. Mengapa dulu aku boleh sahaja meneruskan hidup, mengapa sekarang tidak?

Berkenaan Chansung, aku sudah memberitahunya pada ibu Chanyeol. Dan dia bersetuju sekiranya aku meletakkan hak penjagaan Chansung atas namanya dan bukannya Chanyeol. Aku yakin Chanyeol bukan bakal mengambil tahu pun tentang anak aku itu.

Kasihan anak aku. .

Ibu juga memberi aku keizinan sekiranya aku mahu ke luar negara. Mujurlah dia faham akan situasi aku bagaimana. Dan dia tidak menghalang keputusan aku. Mungkin apabila aku balik dari sana nanti, aku sudah berubah menjadi seorang wanita yang jauh lebih matang. Yang pastinya, lebih berakal berbanding diri aku yang kini.

Aku yakin, inilah keputusan yang terbaik.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now