68

620 88 11
                                    

Setiap langkah aku, ditemani dengan beribu perasaan sayu. Aku tidak pasti kenapa, dan mengapa. Dalam banyak-banyak perasaan yang lebih menyenangkan, perasaan sayu pula yang sangat menghambat jiwa dan raga aku pada tika ini. Perjalanan ke tingkat apartment aku dan Chanyeol, yang selalunya mengambil masa yang singkat sahaja namun sekarang terasa seperti berbatu jauhnya.

Fikiran aku melayang jauh.

Pada malam itu, saya pergi kelab dan, saya tak jangka yang saya akan minum sehingga mabuk. Saya bukan jenis yang suka minum puan, cuma malam tu entah fikiran saya serabut jadi sa—”

Teruskan, apa lagi yang terjadi?” Suaranya berkata dingin, begitu tenang. Sedangkan aku gementar dan gusar akan apa yang aku sampaikan. Aku cuma tidak mahu kelihatan teruk di mata ibu Chanyeol.

“Dan, saya terjumpa dengan Chanyeol. Dia juga mabuk masa tu. Waktu saya jumpa dia, dia juga nampak kecewa dan terluka. Akhirnya, saya hilang kewarasan diri bila bertambah mabuk dan, saya sudah tidak sedar apa yang saya lakukan selepasnya bersama dia.”

Ibu Chanyeol mengeluh perlahan sambil mata dipejamkan. Aku seolah-olah dapat merasakan kekecewaannya sebagai seorang ibu. Rasa bersalah aku semakin lama semakin menebal.

Saya minta maaf puan.”

Jadi anak saya mengahwini kamu hanya semata-mata kerana mahu bertanggungjawab? Bukan kerana kamu sudah lama berkenalan dengan dia?”

“I-iya puan. Tetapi puan jangan risau, saya bukan ada niat mahu mempergunakan dia, saya malah rasa bersyukur bila dia mahu bertanggungjawab atas anak ini. Kalau puan tak sukakan saya, saya okey. Jangan risau, saya akan tinggalkan Chanyeol sebaik sahaja perjanjian setahun perkahwinan kami tamat. Saya akan tinggalkan dia, saya janji.”

Siapa yang meminta kamu untuk meninggalkan anak saya?”

Siapa yang bagi kau kebenaran untuk keluar rumah sehingga lewat malam begini.” Aku terus mendongak memandang Chanyeol yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Ingatan aku berkaitan apa yang terjadi antara aku dan ibu Chanyeol juga terus terpadam.

“Huh?” Aku terkelu lidah. Lagi-lagi apabila melihatkan wajahnya yang tertempel riak tegang dan bengis. “S-saya, minta maaf.”

“Aku tak tagih kata maaf kau, jawab persoalan aku.” Suaranya makin menegas seolah-olah aku telah melakukan kesilapan yang besar.

“T-tak ada sesiapa yang bagi.”

“Habistu, aku ini apa? Patungkah di dalam rumah ni? Kenapa kau langsung tak bagitahu aku yang kau mahu ke mana-mana?”

Jantung aku terasa luluh sahaja.

“S-saya pergi c-ca— hm, pergi jalan-jalan ambil angin dengan kawan saya. Saya minta maaf, sebab tak bagitahu awak.”

“Oh iya?” Dia memeluk tubuh lantas menghampiri aku.  “Setahu aku, Kyung Soo bawa kawan kau keluar harini, jadi rasanya dia tidak ada masa untuk jalan-jalan dengan kau. Kau itu, bukan ada banyak kawan pun setahu aku cuma Jiwon sahaja. Jadi, kalau mahu menipu biar guna otak sikit.”

Aku terjerat dalam alasan sendiri.

“Saya ada kawan lain lagilah. Awak tak tahu pun yang mana satu. S-saya keluar dengan d-dia tadi.”

“Okay,” Dia berlalu untuk mengambil jaket tebalnya di sisi sofa lalu menggendengnya di tangan. Chanyeol nampak kecewa dan, seperti marahkan aku sahaja. “Aku nak keluar. Jangan tunggu aku sebab aku tak balik.”

Chanyeol terus berjalan ke muka pintu rumah, dan melanggar bahu aku sedikit. Aku tersentak.

Marah sungguh dia.

P/s : media ; mak mertua ehm xD

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now