119

597 76 2
                                    

“Saya sebenarnya sudah pernah berkahwin. Dan sekarang ini, saya masih lagi dalam status isteri seseorang tapi, tergantung. Kami akan bercerai juga tidak lama lagi.”

Nah, jujurnya aku.

Agak lama aku menunggu balasan daripadanya. Mungkin dia terkejut, dan mungkin juga dia sudah berasa keji dengan aku. Lalu aku dihulurkan kertas lagi.

Awak akan bercerai juga, kan? Jadi, apa salahnya jika saya mengambil awak menjadi isteri saya?

Memang tidak salah, cuma aku yang akan dihimpit rasa bersalah.

Aku menggigit bibir dengan geram. Susah untuk aku mengatakan hal yang seberat ini. “Tidak salah, Loey. Cuma saya rasa bersalah pada awak. Jika saya menjadi isteri awak, percayalah saya tidak akan dapat bahagiakan awak.”

Tanpa menunggu lebih lama, kalini cepat dia memberikan respon.

Berikan saya alasan kenapa saya tidak akan bahagia dengan awak.

Sebab saya tidak mampu berikan awak anak,” Aku tekup mata dengan hujung jari bila terasa ada cecair hangat yang mula membasahi kelopak mata. “Saya sudah pernah melahirkan sebelum ini, anak saya bersama suami saya dulu. Dalam proses kelahiran, saya menghadapi komplikasi, rahim saya lemah. Mujurlah anak saya sempat di selamatkan. Saya menjalani rawatan selama beberapa bulan, dan hasilnya doktor sahkan yang rahim saya ada masalah. Peluang untuk ada anak bagi saya terlalu mustahil. Jadi beritahu saya, apa awak akan bahagia dengan saya nanti?”

Dia melepaskan satu keluhan yang kedengaran begitu berat.

Tiba-tiba terasa aku dipeluk dari arah belakang oleh dia. Mata aku membesar dengan kelakuan biadapnya. Baru sahaja aku mahu berpaling untuk menampar mukanya bila dia bersuara.

Dia bersuara, dan dia tidak bisu.

Lagi pedih bila aku kenali suara ini, kenal amat.

“Aku tidak kisah, Shin. Aku cuma mahu kau selalu berada dekat dengan aku, aku sudah cukup bahagia. Kerana aku perlukan kau. Aku minta maaf Shin, untuk segalanya. Aku tidak patut biar kau tanggung semua perit itu bersendirian.”

Aku menangis dengan teruk, Chanyeol tak guna.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now