5

1K 143 12
                                    

“Oh tolonglah Yeong, jangan jadi bodoh boleh tidak? Kau mahu menangis sampai bila? Sampai kau mati? Begitu?”

Mulut Jiwon membebel bila sahaja aku sampai di rumahnya.

“Kumbang bukan seekor, babe. Setakat kumbang tahi macam Jongin itu berlambak di tepi jalan. Tidak berguna kau bazirkan airmata kau untuk lelaki seperti dia itu. Tak ada faedahnya. Lebih baik kau bazirkan airmata kau tengok scene Byun Baekhyun dalam drama ini, weh. Kau datang tepat pada masanya, dia dah nak kena bunuh tu.”

Alih-alih, bebelan dia sudah bertukar topik pada drama yang sedang ditayangkan di kaca televisyen sekarang ini. Aku tahu, dia membuat jenaka ini cuma sekadar mahu menggembirakan hati aku sahaja. Dialah satu-satunya kawan baik aku, yang selalu ada untuk aku.

Susah dan senang.

Aku bersyukur mempunyai kawan baik seperti dia.

Aku pandang mukanya yang berkerut menahan tangis apabila aktor bernama Baekhyun mula dipanah dalam drama itu. Psh, kaki drama! Lucu juga ada sebab dia pula yang emosional sekarang ini, dan bukannya aku.

“Hodoh muka kau bila nangis.” Aku mengejek Jiwon. Pandangannya teralih pada aku.

Dia mencebikkan bibirnya. “Apa kau ingat muka kau tadi cantiklah? Eleh, macam itik kena buasir aku tengok.”

“Amboi kata orang itik. Kau itu apa, kambing berak kapur.”

“Itik kena buasir.”

“Kambing berak kapur.”

“Itik.”

“Kambing.”

Dia tekup pipi aku tiba-tiba. Lalu dia tersenyum lebar di depan muka aku. “Beginilah Kim Shin Yeong yang aku kenal. Ceria, periang, kaki ejek. Tak naklah sedih-sedih lagi. Kalau kau sedih aku juga rasa, kau tahu?”

Aku tampalkan senyuman pada bibir lalu menganggukkan kepala.

Aku nak move on!

Aku mahu lupakan lelaki itu!

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now