33

696 111 4
                                    

Dia terdiam.

Aku pun tutup mulut.

Fail merah tadi aku campakkan ke riba dia. Tidak kisahlah dia mahu menganggap aku kurang ajar ataupun biadap, dia sepatutnya tahu emosi orang mengandung ini tidak menentu. Dia pula malahan meninggikan suara kepada aku. Eh, aku bukan cengeng sangat sampai perlu menangis bagai, aku cuma iya terasa sahaja.

Sudahlah balik-balik silap nama aku.

Entah apalah yang melekat sangat mulut dia dengan nama Kim Na Young itu?

Sorry.” Pintanya dengan nada yang lembut dan perlahan. Ego aku tinggi, jadi tidak begitu mudahnya aku boleh menerima kata maafnya itu begitu sahaja. Aku mendiamkan diri sementara dia mendengus sambil meraup rambutnya ke belakang agak kasar.

Bengang dengan aku, mungkin.

Pedulikan dia, Shin.

Aku kerling dia di sebelah, yang sedang membaling fail tersebut ke kerusi belakang semula dan mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Jarinya laju sahaja menari-nari di atas skrin telefon, bermesej dengan seseorang mungkin. Psh, aku sedang mengajuk ini dia abaikan, boleh-bolehnya dia bermain mesej dengan orang lain.

Wah, melampau.

Selepas beberapa minit dia bermain telefon, tiba-tiba dia keluar dari kereta. Aku fikirkan yang dia bakal meninggalkan aku seorang diri dalam kereta ini sebab dia tidak berkata apa-apa kepada aku cuma berlalu keluar begitu sahaja. Nyatanya, jangkaan aku meleset bila dia pergi ke pintu kereta bahagian aku dan membukanya.

“Turun.” Arah dia dengan dingin. Aku cuak dengan ekspresi wajahnya yang tegang itu, tetapi ego aku masih menebal jadi aku pedulikan sahaja dia.

Dia mendengus kasar.

Tanpa meminta izin Chanyeol genggam tangan aku dengan erat lalu menarik aku keluar dengan paksa.

“Lepaslah, awak nak heret saya pergi mana?”

“Pergi syurga.”

Um, okay Chanyeol, okay. . .

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now