101

647 69 0
                                    

Aku lepaskan helaan nafas lega sebaik sahaja teksi sewa ini mula bergerak ke jalan besar. Dalam lebih kurang sejam lebih lagi penerbangan aku ke Amerika akan berlepas. Tadi, semasa Jiwon mengatakan yang dia telah mengubah tiket penerbangan aku ke waktu sebelah petang, aku sambung tidur balik. Tidak sangka pula yang aku terlajak tidur. Mujur baju telah aku kemaskan ke dalam bagasi sejak semalam lagi.

Earphone aku keluarkan dari poket beg dan cucukkan pada telefon milik aku. Sebuah lagu diputarkan secara rombak. Dan kebetulan, ia benar-benar mengena dengan emosi aku sekarang ini. Mengapa sedih sekali lagunya?  Seolah-olah mahu menyindir aku sahaja, tak guna.

When i was with you..

Bila aku masih bersamanya, aku rasakan kebahagiaan. Dalam masa yang sama aku juga terluka. Kenapa sungguh tidak adil?

Ah sudah, hentikannya. Lupakannya.

Mulakan hidup baru, Shin.

Aku menghentikan lagu dan earphone yang tersumbat dalam telinga, aku buka sebelah. Pandangan aku alihkan ke luar tingkap, dan aku mula menyedari sesuatu.

Apakah?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now