4

1K 138 16
                                    

Selama seminggu aku berendam airmata. Menangis dan menangis lagi. Entah bilanya baru habis airmata ini, mungkin apabila kesemua air di dalam tubuh aku telah dikeluarkan melalui pori di mata. Tidak perlu hidrat semula, biarlah aku mati kekeringan di sini.

Aku tahu, memang bodoh kerana menangisi lelaki tidak berguna seperti dia itu.

Tak, tidak.

Dia yang bodoh sebab lebih memilih perempuan tahi itu berbanding aku.

Aku, yang telah lama mengenali dia. Aku, yang selama ini berada di sisi dia. Aku, aku, dan hanya aku!

Begitu mudah iya, hati lelaki boleh berubah?

Selama ini aku banyak menonton dalam drama sahaja, tidak sangka ia terjadi pada aku pula.

Aku malu dengan ayah, malu dengan ibu.

Aku tidak mahu mereka risaukan aku, jadi aku mengambil keputusan untuk tinggal bersama kawan aku di rumah sewanya.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now