111

551 61 1
                                    

6 bulan kemudian..

Lonceng pintu aku tekan bersama debaran di dada. Sudah terlalu lama aku tidak ke mari, jadinya kejanggalan kini menguasai diri aku. Rasa bersalah yang sekian lama aku pendam membuat diri aku bertambah gusar dan gementar untuk bersemuka dengan mereka.

Aku rasa berdosa yang amat.

Aku anak derhaka.

Daun pintu dibuka oleh seseorang, kemudian terpampang sesosok tubuh kecil seorang wanita berusia di situ. Aku simpulkan senyuman kecil. “Ma..”

Terus sahaja badan aku dipeluknya dengan erat. Ya Tuhan, rindunya pada dia. “Yeong, Mama rindukan kamu, nak..”

“Saya minta maaf, Ma. Sebab lama hilangkan diri. Tanpa khabarkan tentang Yeong pada Mama dengan Papa.” Ucap aku setelah meleraikan pelukan.

Mama usap kepala aku dengan lembut. Senyuman manis terbit di bibirnya. “Sampai hati Yeong, kan. Pergi merantau tak beritahu Mama apa-apa. Tahu tidak Mama risaukan kamu?”

“Maaf, Ma..” Aku rapatkan diri pada Mama, lalu ciuman aku daratkan pada pipinya. Kiri dan kanan. “Yeong banyak dosa pada Mama.”

“Eh, apa cakap begitu? Mama sayangkan anak Mama ni, Mama ampunkan semua dosa Yeong. Mana mungkin Mama bencikan kesayangan Mama seorang ini.” Mama cubit kedua belah pipi aku.

Rasa-rasanya, kalau Mama dengan Papa tahu apa yang telah terjadi sebelum ini, adakah mereka akan membencikan aku?

Kepala aku jengahkan untuk melihat ke dalam rumah. Mencari kelibat Papa. “Papa mana? Tak ada dengar suara pun.”

“Ada di dalam, tengah mandi rasanya. Sekejap lagi, Papa nak keluar tu. Yeong masuklah, apa berdiri di luar sahaja ini? Macam orang asing pula.”

Aku anggukkan kepala, kemudian mengikut langkah Mama dari arah belakang sambil menarik bagasi milik aku. Aku menjejak masuk ke dalam rumah, dengan seribu satu perasaan. Tidak banyak yang berubah.

Yang berubahnya, hanya aku. .

Ini, permulaan bagi aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now