83

602 87 3
                                    

Aku tidak pernah merasakan kesakitan ini, yang rasa sakitnya seperti ditikam-tikam hati aku dengan sebilah pisau yang tajam. Berulang-ulang kali. Perit yang amat. Aku cuma tidak menjangka yang dia akan lebih menyebelahi perempuan itu berbanding aku.

Sehingga dia sanggup melukai aku.

Aku bersumpah, sekiranya ada apa-apa terjadi pada anak aku, aku tidak akan pernah memaafkan dia.

Hati aku cukup terluka dengan perlakuannya.

Aku menggenggam cadar katil, semasa aku diusung masuk ke dalam wad kecemasan kerana menahan perit yang berselang sakit pada bahagian abdomen aku. Airmata tidak putus-putus mengalir di pipi aku.

“Shin, aku minta maaf.” Ujar Chanyeol yang berada di tepi katil, menggenggam erat tangan aku.

Aku minta maaf, tetapi hati aku sudah tawar.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now