93

609 84 1
                                    

Aku terpaksa juga keluar dari dalam bilik apabila dia tiba-tiba datang ke sini.

Sungguh, aku sebenarnya tidak mahu menemui sesiapa buat masa sekarang ini.

Lagi-lagi dia.

Aku betul-betul tiada mood.

“Awak nampak pucat, Shin Yeong.”

Aku hela nafas malas. Mereka ini semua macam tiada topik lain yang mahu dikatakan. Mesti berkaitan dengan perubahan aku. Apa mereka harapkan yang aku bakal bahagia dan gembira setelah dikecewakan, begitu?

“Terima kasih sebab prihatin, tapi aku okey.”

Aku tolak pinggan yang berisi makanan, lalu segelas air putih aku teguk sehingga habis. Aku bukan berniat mahu melukakan hati Jiwon mahupun Kyung Soo yang sudah bersusah payah belikan aku makanan, tetapi sejujurnya aku tiada selera mahu makan. Minum sahaja terasa sudah memadai untuk aku. Baru sahaja aku mahu mengangkat punggung bila Jongin tahan lengan aku.

“Makanlah sikit. Fikirkan tentang anak dalam kandungan awak tu. Dia perlukan nutrien.” Katanya sambil pandang muka aku penuh pengharapan.

“Saya tak nak makan.”

“Shin Yeong, janganlah degil. Kesian baby tu.” Jiwon pula kali ini bersuara.

“Kamu tidak faham, dan tidak akan pernah akan faham.” Balas aku sebelum berura-ura hendak berlalu ke dalam bilik.

“Shin Yeong,” Jongin halang laluan aku. “Saya akan tolong awak. Saya akan halang perempuan tak guna tu dan saya akan bantu pulihkan hubungan awak dengan Chanyeol.”

“Awak mungkin boleh halang dia, tetapi awak tak ada kuasa untuk ubah hati Chanyeol.”

Aku terus berlalu.

Mata aku terasa berat.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now