21

714 105 4
                                    

Semakin hari, aku sedari yang perangai aku menjadi semakin pelik. Aku mudah terasa hati bila Jiwon terlupa belikan aku makanan yang aku pesan. Aku mudah melenting, memarahi Jiwon kerana memakan coklat Cadbury yang aku simpan dalam peti ais. Aku mudah menangis bila Jiwon langsung tidak memujuk aku untuk segala kesalahan yang dia lakukan.

Sungguh, aku tidak faham dengan perubahan dalam diri aku.

Kadang-kadang aku rasa menyampah juga. Terlalu mengada-ngada.

Itu belum masuk lagi bab aku muntah-muntah. Sejujurnya, aku penat bila terpaksa bermarathon keluar masuk bilik air bagi mengeluarkan isi perut aku. Pada setiap kali aku makan, pasti akan keluar pada masa itu juga. Mual dan loya tidak bertempat. Padahal makanan yang aku makan semuanya manis-manis. Mahu kata masuk angin, pelik juga. Tidak mungkin sebegitu teruknya.

Aku juga sekarang cepat penat dan lelah. Walaupun hanya turun ke tingkat bawah apartment ini untuk membuang sampah, rasanya macam sudah mengelilingi satu Korea. Penat yang amat. Perut aku juga sering kali mengalami kekejangan, senak bila aku terlalu banyak bergerak. Jadi, hobi aku kini tidur.

Aku kuat tidur.

Hm.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now