66

594 86 0
                                    

“Yoora, macam mana penampilan kakak? Okeykah?”

“Okey kak, cantik. Bertenanglah.”

“Kakak rasa ragu-ragulah, gementar, takut, semualah. Kita tak jadi pergilah, iya?”

Dengan kepantasan yang luar biasa dia menoleh memandang aku. “Uish, mana boleh. Kita nak sampai dah pun. Dah alang-alang mahu patah balik.”

“Tapi kakak takutlah, macam mana kalau ibu Yoora tak sukakan akak? Dia tak terima akak? Macam mana? Macam mana?” Tahap kegusaran aku berada di tahap yang tertinggi. Terasa seperti berpeluh dingin seluruh badan.

Gementar.

Sudahlah aku dikejutkan dengan kehadiran Yoora yang memperkenalkan dirinya sebagai adik perempuan Chanyeol semasa di rumah tadi. Sekarang ini, dia membawa aku pula untuk bertemu dengan ibu Chanyeol. Mahu tercabut sahaja tidak jantung ini. Aku akui, adik Chanyeol memang baik dan peramah meskipun baru sahaja bertemu dengan aku. Lagaknya seperti sudah lama berkenalan dengan aku maka baru sahaja sejam yang lalu. Alasannya mengapa mahu membawa aku bertemu dengan ibunya, adalah kerana dia teruja akan kehadiran janin daripada keturunan keluarga Park di dalam rahim aku ini.

Dia kata, ibu Chanyeol pasti akan sangat gembira.

Harap-harapnya begitulah.

Setelah kereta diparkirkan, Yoora menarik brek tangan lalu pandang ke arah wajah aku yang semakin pucat akibat cuak. “Don't worry sister, trust me. You'll be okay.”

Dia meyakinkan aku, tangan aku digenggamnya erat di dalam tangannya. “Yoora yakin, yang ibu Yoora akan terima akak dengan anak dalam kandungan akak ini?”

Yoora mengangguk dengan begitu yakin sekali. “Yoora yakin, kak.”

Ya Tuhan, betapa gementarnya aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now