114

537 64 0
                                    

Katakan aku gila, sebab iya aku tidak boleh berhenti pandang dia. Seolah-olah ada sesuatu pada mukanya yang menarik perhatian aku supaya tengok dia terus menerus. Sungguh.

Tak guna betul.

Aku terus alihkan pandangan apabila matanya bertembung dengan mata aku. Aku berdehem dengan kekok.

“Jadi bagaimana, adakah Cik Shin bersetuju dengan tawaran kami?”

Aku kemam bibir seketika. Apa yang patut aku jawab sedangkan aku tidak mendengar sepatah apapun yang dia terangkan tadi?

Err. . .Iya, saya setuju sahaja.”

“Sahaja?” Dia ajuk kata-kata aku lalu tergelak halus. “Maksudnya apa-apa sahaja yang kami tawarkan Cik akan setuju? Begitu?”

Aku garu pipi yang tiba-tiba terasa gatal. “Iya saya setuju. Sebab saya berpuas hati dengan proposal yang kamu berikan ini.”

Sekali lagi tawanya kedengaran. Kali ini bukan hanya dia, malahan semua yang berada di dalam bilik ini tertawa melihat aku. Aku kerutkan dahi dan pandang PA Papa bertujuan untuk meminta jawapan. Dan, melalui anak matanya dia sepertinya sedang menunjuk ke arah tangan aku. . .

Oh tahi.

Aku berdehem beberapa kali dan betulkan kedudukan fail aku yang terbalik. “Maksud saya, sebelum ini juga Papa saya sudah lama terima khidmat kamu, kan? Jadi, tiada apa-apa lagi yang perlu saya ulas.”

Chanyeol tahan senyuman sambil angguk kepala. “Baiklah, nampaknya tidak perlu saya cakap banyak, kan?”

“Iya tentu sekali, dan rasanya saya pun tak ada apa-apa lagi yang perlu saya katakan. Saya minta diri dulu.”

Kemudian, aku terus berlalu.

Muka aku terasa macam terbakar.

Ah, mengapalah aku begitu bodoh sekali.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now