120

662 72 4
                                    

“C-Chanyeol?” Sebut aku terbata-bata setelah meleraikan pelukan dan berdiri menjauhi dia yang masih berada di atas gazebo. Airmata aku seka dengan belakang tangan.

Chanyeol, Yeol, dan Loey. Oh begitu bodoh kerana tidak menyedari ini.

“Shin, kenapa? Apa kau fikir yang aku sudah melupakan kau? Begitu?” Katanya setelah menurunkan kakinya dari gazebo. Dia menatap aku dengan pandangan yang lembut. Matanya memerah.

Aku mahu berlalu dari sini, kerana berlama-lama di sini membuat aku bertambah sebak. Lagi-lagi melihat wajah Chanyeol, sungguh aku rasa tidak mampu. Tapi belum sempat aku melangkah lebih jauh, Chanyeol pantas tahan lengan aku.

“Enam bulan, Shin. Enam bulan kau tinggalkan aku, enam bulan kau jauhkan diri dari aku. Apakah tempoh itu tidak cukup untuk kau memaafkan aku, huh? Aku tersiksa, Shin. Tolonglah jangan buat aku begini.”

Bibir bawah digigit, sambil aku menahan tangis. “Hubungan kita cukup setakat menjadi suami isteri selama setahun. Saya bukan mahu siksa awak, saya cuma mahu awak bahagia. Tapi bukan dengan saya.”

“Oh, perjanjian itu,” Dia lepaskan genggamannya dan berjalan ke arah gazebo tadi dan ke mari semula dengan membawa kertas di tangannya. “Perjanjian ini sudah tidak berguna. Dan ini,” Dia tayangkan surat penceraian di hadapan muka aku.

“Semua ini tidak berguna lagi,” Lalu dia mengoyakkan kesemua dokumen itu di hadapan aku. “Perjanjian itu sudah lama aku batalkan, dan surat penceraian itu juga tidak ada gunanya lagi kerana perjanjian itu terbatal. Jadi, apa lagi alasan kau untuk mengelak dari aku, huh? Bagaimana aku mahu bahagia sekiranya kebahagiaan aku adalah kau, Shin?”

Aku terdiam beribu bahasa.

“Tolonglah,” Tiba-tiba Chanyeol menunduk dan berteliku di depan aku. Aku terkesima dengan perlakuannya. “Aku merayu Shin. .terima aku semula dalam hidup kau. Aku tahu banyak khilaf yang telah aku lalukan selama ini. Aku banyak sakitkan hati kau, aku lukakan kau berulang kali. Tolong maafkan aku. Aku cintakan kau, Shin.”

“Shin..” Satu suara menyeru nama aku dengan lembut, lantas aku menoleh.

“Ibu?” Ibu bersama Chansung dalam dukungannya. Diikuti Mama dengan Papa di belakangnya. “ Ma.. Pa..”

“Maafkan ibu, ibu harus melakukan ini semua. Bukan kerana Chanyeol, tetapi demi Chansung. Dia masih bayi lagi, dia memerlukan kasih sayang ibu dan ayahnya. Lembutkanlah hati Shin, untuk Chansung iya.”

Aku pandang Chanyeol semula. Dia masih menunduk di lantai sambil menyeka airmatanya. Kejamkah aku selama ini?

“Chanyeol. .”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now