70

663 92 10
                                    

Aku baru balik dari klinik ibu dan anak, untuk membuat pemeriksaan kandungan. Syukurlah baby samyang sihat sahaja dan agak aktif bila dia tidak habis-habis hendak menendang-nendang perut aku. Mungkin dia juga teruja sama seperti aku kini, setelah mendapat tahu jantina baby apa. Aku tidak sabar mahu memaklumkannya pada Chanyeol.

Baby samyang, lelaki.

Mesti Chanyeol gembira, kan?

Bukankah itu yang dia harapkan sangat, kan?

Penantian aku terhadap kepulangan Chanyeol menjadi berkobar-kobar. Harapnya, dengan berita gembira ini dia sudah tidak lagi mahu mengajuk dengan aku.

“Awak..” Aku sapa dia sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam rumah. Beg kerja yang sedang dibimbitnya aku ambil. “Banyak kerja hari ini?” Soal aku sekadar mahu berbasa-basi.

Chanyeol cuma menggumamkannya sahaja.

“Awak tahu tidak, tadi saya pergi buat pemeriksaan baby samyang di klinik. Dan, guess what?” Aku pandang Chanyeol dengan mata yang dibesarkan sambil aku menahan senyuman.

Chanyeol sekarang di hadapan pintu biliknya dan berura-ura mahu masuk. “What?”

Baby samyang lelaki, awak. Doktor Sudan sahkan tadi selepas saya buat scan.”

“Oh, good for you.” Ucapnya lantas mengambil beg bimbitnya dari tangan aku dan pintu ditutup.

Good for you?

Mengapakah begitu sarkastik sekali jawapannya?

Hanya aku sahajakah yang teruja berkaitan baby samyang ini?

Aku tidak boleh gambarkan keadaan hati aku sekarang ini, betapa sakitnya hati aku. Sudah dua minggu dia tidak mahu bersemuka dengan aku, dan aku sendiri tidak tahu apa kesalahan terbesar aku sehingga dia memarahi aku begitu lamanya.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now