15

724 107 6
                                    

Aku membuka mata dengan perlahan-lahan dan penuh dengan keayuan, bukan sebab mahu mengada ataukah apa sahaja yang sinonim dengannya. Tetapi lebih tepatnya disebabkan aku berasa begitu lelah dan penat yang amat. Kerana bunyi deringan telefon yang kuat membingitkan telinga, aku terpaksa celikkan mata. Padahal aku tidak berasa hendak bangun lagi, masih mahu tidur sebenarnya.

Tapikan. . .

Ini. .

Bukan bunyi telefon aku.

Aku juga bukannya tidur sebilik dengan Jiwon.

Aku juga,

Tidak ingat yang aku ada balik rumah atau tidak semalam?

Ti-dak, kan?

“Oh Tuhan.” Aku terus bingkas bangun daripada pembaringan lalu duduk di atas tilam katil ini. Matanya aku meliar memandang sekeliling bilik.

Oh tahi.

Ini bukan bilik aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now