80

660 90 23
                                    

Aku benar-benar terkesan dengan kenyataan yang terpaksa aku hadapi baru-baru ini.

Yang ternyata, perempuan yang telah menipu Jongin itu adalah bekas teman wanita Chanyeol. Apa yang lebih mendebarkan lagi, adalah kata-kata Jongin tempoh hari.

Iya, tapi saya tak sangka Nayoun sanggup tinggalkan saya semata-mata untuk kembali pada bekas teman lelakinya dahulu.”

Kembali pada teman lelakinya dahulu.

Apakah benar, Chanyeol sudah berbaik dengan Nayoun semula?

Memikirkan itu semua, membuat tahap kegusaran aku semakin meningkat. Perut aku terasa bergelocak dan tidak selesa akibat ketakutan aku itu.

Apakah itu, puncanya Chanyeol banyak berubah? Apakah itu, puncanya kenapa Chanyeol bertanyakan aku perihal bekas teman lelaki aku tempoh hari? Apakah dia, perempuan itu menjadi punca mengapa Chanyeol selalu tidak pulang ke rumah ini? Oh apa Chanyeol. .bermalam di rumahnya?

Ah, tidak-tidak. Chanyeol bukan jenis lelaki yang begitu, aku tahu. Aku sudah mengenali dia dengan baik. Jadi, hal itu adalah mustahil.

Tiba-tiba, telefon aku berdering lalu perhatian aku teralih padanya. Terpampang nama Chanyeol di permukaan skrin. Lalu dengan kadar segera aku membuka pesanan yang dihantarkan olehnya.

Jumpa aku di dalkomm kafe jam dua. Jangan lambat.

Aku terjeda sekejap. Untuk apa dia mahu menemui aku? Bukankah boleh sahaja kami bertemu di rumah, kan? Oh, mungkin ada perkara penting yang dia mahu katakan. Bukan selalu dia meminta aku untuk keluar menemuinya begini. Dan malahan tidak pernah langsung. Jadi, aku tidak boleh terlambat.

Harap-harap, ia bukan berkaitan Im Nayoun.

.....

Hahaha curious tak?

Hmm, aku ada baca komen sebelum ini dan.. Ada segelintir yang nampaknya HAMPIR boleh meneka apa yang bakal terjadi cehh.. Dan betul tekaan anda, Nayoun itu adalah perempuan matrek yang telah mempergunakan Chan and Kai. Tapi, maaf aku tidak dapat membalas komen anda itu kerana tiap kali aku buka dia akan cakap FAILED TO LOAD. Apekah? Maybe sebab data tak berapa nak lawoo semenjak dua menjak ni. Hmm ayee tabah.

Okay, ini soalan minta penampo dari aye jawab nohh..

Korang ship KaiShin or ChanShin?

Ataupun, Chanly?(CHANYEOL AND WOLY) XXXXDDDDD JOKE OKBYEEEE

woly

p/s : book ini REPUB, so abaikan nota² kaki yg ada itu. ketahuilah saia terlalu malas untuk memadam xD (NEWNOTE)

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now