8

832 121 6
                                    

Tepat jam lapan malam.

Aku sudah bersiap untuk mengikut Jiwon ke tempat yang dia maksudkan. Tidak tahulah di mana, dia tidak mahu cakap di mana. Rahsia katanya. Aku pun ikutkan sahaja apa yang dia katakan. Malas mahu bertekak lebih-lebih lagi. Aku ambil beg tangan aku atas katil lalu menapak keluar dari bilik.

Jiwon ternganga melihat aku, tanpa berkedip matanya. Membuntang meneliti aku atas ke bawah.

Apa, aku tahulah aku canti—

“Yeong, hodohnya kau.”

Aduh, kejujuran yang begitu menyakitkan.

Terus macam retak seribu hati aku, serius.

“Jujurnya babe.. Terharu aku untuk pujian kau yang terlalu jujur itu. . .” Rajuk aku dan jari aku mengusap bawah mata aku. Seolah-olah menangis konon. “Tidak boleh lagi jujurkah kata-kata kau?”

Dia tergelak kecil. “Oh maaf, maaf. Aku tak maksudkan kau pun. Aku cakap hodoh itu merujuk ke pemakaian kau ini.”

Aku terus memerhatikan diri aku sendiri dengan beribu kedutan di dahi. “Apa kena dengan pemakaian aku?”

“Tak sesuai langsung dengan tempat yang aku nak bawa kau tu.”

“Habistu, kau nak aku pakai apa? Baju tidur?”

Oh god, serius babe? Aduhai.. Nenek tua betul kawan aku seorang ini.”

Dia menggaru kepalanya dan menghampiri aku. Jiwon pegang bahu aku sambil tersenyum lebar sehingga ke telinga.

“Malam ini, biar aku ubah kau menjadi seseorang yang bukan diri kau. Gaya seorang perempuan sebenar, biar si hitam itu sedar diri dia sikit. Kau jangan berani mahu cakap tidak. Kalau tidak, aku sekeh kepala kau.”

Aduh, kalau dia sudah cakap seperti itu, aku mahu kata apa lagi? Kalau aku cakap tidak, habis kepala aku yang senget ini bertambah senget kena sekeh.

“Baiklah.”

Dan malam ini, dia benar-benar mengubah aku menjadi. . . seorang wanita yang feminin.

Aku tidak pernah melihat diri aku secantik ini.

Sejujur-jujurnya, tidak pernah.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now