99

601 80 2
                                    

Aku menyambut Chansung dari dalam dukungan ibu. Senyuman aku tersungging lebar tatkala dia sudah beralih ke dalam dakapan aku. Pipinya yang sedikit cembung itu aku cubit lembut. Bibirnya yang kecil aku elus perlahan dengan hujung jari. Badannya terlalu kecil sehingga aku takut sekiranya terpatahkan tulangnya nanti sebab ini adalah pengalaman pertama aku mendukung seorang bayi.

Aku dekatkan bibir ke dahinya, lalu aku menciumnya buat masa yang agak lama. “Chansung, maafkan ibu. Ibu terpaksa tinggalkan kamu dengan nenek. Jaga diri baik-baik iya, jangan nakal. Ibu akan datang semula nanti. Saat itu, ibu janji, ibu tidak akan meninggalkan kamu lagi.”

Ibu minta maaf, nak. .

Aku menghabiskan masa seharian bersama dengan Chansung hari ini, kerana esok adalah hari di mana aku akan meninggalkan mereka semua.

Semoga Chanyeol, akan terbuka hatinya untuk melawat Chansung. Aku tidak kisah kalau dia mahu membenci aku, tetapi jangan Chansung.

Chansung perlukan seorang ayah.

One Year Marriage ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ