51

696 99 5
                                    

Media ; so funny xD

LMAO

...

..

.

Aku masih tidak boleh mentafsir keadaan aku kini dengan Chanyeol bagaimana. Semuanya seperti berlaku sekelip mata sahaja dan sekarang aku dan dia berakhir di atas katil dengan dia di atas aku. Mata aku membesar tanpa berkedip apabila melihatkan ke dalam anak mata Chanyeol yang sedang merenung aku, dalam. Sehingga aku dapat melihat pantulan diri sendiri di situ.

“Fahamkah, tidak?” Tanyanya dengan suaranya yang serak-serak basah. Oh Tuhan.. Benar-benar menggugat keteguhan hati aku.

“F-faham.” Balas aku tersekat-sekat akibat perasaan yang gementar bila ditatap melalui jarak yang begitu rapat.

Aku yakin Chanyeol juga sama gementarnya seperti aku apabila melihatkan anak matanya yang mulai bergetar. Cuma apa yang dia cuba lakukan ini? Untuk beberapa saat, tiada apa-apa yang berlaku melainkan adegan berbalas pandangan antara aku dengan dia. Bibirnya bergerak-gerak seperti mahu mengatakan sesuatu namun mungkin ada perkara yang berat sedang bermain dalam fikirannya sehingga membatasi kata-katanya. Aku juga sama, mulut aku terasa hendak bercakap tetapi ada sesuatu yang mengganggu segala sistem di dalam minda aku.

Aku jadinya membatu sahaja.

Umm..” Chanyeol macam baru tersedar, dengan kadar segera dia bangkit menjauhi aku sambil berdehem beberapa kali. “Be-beg yang inikah?” Tanyanya dengan penuh kejanggalan, setelah mencapai beg aku mahukan.

Aku bingkas bangun dan duduk di birai katil dan memerhatikan sahaja Chanyeol. Aku menganggukkan kepala tanda betul akan pilihan beg yang diambilnya.

Suasana kekok masih berterbangan antara aku dan dia.

Chanyeol bergerak dengan agak pantas ke pintu bilik dan berpaling semula ke arah aku bila sampainya dia di situ. “Uh, um.. Shin. Aku nak keluar, dan mungkin aku tak balik sini malam ni. Aku ada pesankan makanan untuk kau, atas di atas meja dapur. Panaskanlah sebelum makan. Kalau ada apa-apa, call aku iya?”

Belum sempat aku menjawab, dia sudah berlalu keluar tergesa-gesa.

Apakah?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now