103

624 70 2
                                    

Aku terdiam tidak berkutik. Mata aku memandang tepat ke wajahnya apabila dia memalingkan kepalanya sepenuhnya. Banyak yang aku mahu katakan, namun bibir aku seolah-olah dikunci. Diikutkan hati aku, mahu sahaja aku menjerit dan memarahi dia kerana melakukan ini tetapi perlakuan aku nampaknya menjadi pasif bila sehingga kini aku masih terpaku. Sampailah dia memandang ke hadapan semula.

Mulut aku terbuka dan tertutup sahaja tanpa ada sebarang bait kata yang keluar. Fikiran aku menjadi kosong setelah melihat mukanya. Hati aku berbelah bahagi, antara benci dan suka. Memikirkan semula apa yang telah dia lakukan pada aku, dinding ego mula terbina di dalam hati aku. Membuat tembok teguh memisahkan perasaan kasih dan sayang aku terhadapnya. Yang ada hanya, kebencian.

“Baru beberapa minggu tidak bertemu dengan aku, kau bahkan sudah tidak mengecam suara aku. Apa benar kau sudah melupakan aku?” Chanyeol tiba-tiba bersuara. Menghilangkan suasana hening di dalam kereta ini.

Ego, aku mencebik dengan sinis memberikan dia isyarat yang aku langsung tidak terkesan dengan pertanyaannya. “Atas alasan apa saya perlu mengingati awak, kan? Hentikan perbuatan bodoh awak ini dan hantar saya ke lapangan terbang. Jangan buang masa saya.”

“Kalau aku cakap, aku tidak mahu. Apa yang kau mahu lakukan?” Dia jeling aku dengan hujung matanya.

Aku mendengus dengan kasar. “Hentikan kereta ini!”

“Aku tidak mahu.”

“Hentikan, sebelum saya buka pintu ini.”

“Shin, dengarkan penjelasan aku dulu.”

“Saya tidak mahu. Sudah tiada apa-apa lagi yang perlu dijelaskan. Kesakitan yang awak berikan sudah cukup memberi penjelasan. Usah ditambah lagi.”

Kereta dia hentikan secara tiba-tiba di bahu jalan lalu dia berpaling ke belakang untuk memandang aku. “Shin, aku menyesal. Aku minta maaf.”

Aku abaikan itu, tangan aku mencuba membuka pintu namun ditahannya. “Lepaskan tangan saya.”

“Shin, aku minta maaf.”

Aku rentap tangan aku dengan kuat dan aku terus keluar dari dalam perut kereta.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now