64

620 90 3
                                    

Pecah ketawa aku setelah melihatkan gelagat para pemain Runningman yang terkocoh-kocoh berebut untuk keluar dari satu pintu kecil yang sama. Serius, menonton rancangan variety sebegini boleh membuat aku mengalami kejang perut akibat ketawa.

Tetapi, ini juga salah satu cara untuk aku mengelakkan kebosanan.

Aku di sini, ditemani dengan snek ringan dan air sirap, dan tidak lupa juga Toben. Macam faham-faham dia apa ertinya keseorangan. Selama ini dia selalu bersama Chanyeol, mungkin dia rasa sunyi sebab itulah dia sering bersama dengan aku. Nanti bila baby samyang sudah lahir, aku mendapat gerak hati yang mereka berdua mesti jadi kawan baik ini. Toben sepertinya amat melindungi aku dan baby bila dia tidak putus-putus menemani ke mana sahaja aku pergi.

Tiba-tiba kedengaran pintu rumah seperti dikuak kasar oleh seseorang. Dan siapa lagi, kalau bukan Chanyeol. Dia kelihatan kusam dan serabut. Mukanya berona merah. Satu yang terlintas di dalam fikiran aku hanyalah, Chanyeol mabuk.

Namun setelah dia hampiri aku, aku tahu tekaan aku salah. Chanyeol terus baring berbantalkan riba aku, tanpa meminta izin. Suhu badannya yang panas mula menyerap ke dalam kulit aku. Sering kali dia menarik hingus di hidungnya dan terbatuk-batuk kecil. Tahulah aku yang Chanyeol sedang sakit.

Hey,” Aku tepuk bahunya beberapa kali untuk menyedarkannya. “Badan awak panas ni, awak demamkah?”

Uhm, rasanyalah.”

“Awak tak nak pergi klinikkah? Atau, awak nak saya ambilkan ubat di dapur?”

Dia menggeleng, dan menolehkan wajahnya ke perut aku. Lalu dia benamkan muka dia di situ. “Cukup aku berada dekat dengan kau, dengan baby, aku sudah rasa lega.”

Aaaa. .aku faham kenapa.

Morning sickness aku sudah beralih ke Chanyeol rupanya.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now