113

542 65 2
                                    

Aku kemam bibir beberapa kali, dan kedua tangan aku genggam antara satu sama lain. Gementar. Seram sejuk yang aku rasakan. Padahal mahu menghadap mesyuarat sahaja pun bukannya ada apa-apa yang teruk bakal berlaku, kan?

Hish.

Perhatian aku teralih sebaik sahaja pintu bilik mesyuarat ini dikuak oleh penolong peribadi Papa bagi memberikan laluan buat para klien masuk ke dalam ruangan ini. Aku berdiri bertujuan untuk menghormati tetamu. Sebelum itu, aku menunduk melihat pemakaian aku kalau-kalau tampak selekeh.

Dan kepala aku angkat semua apabila disapa oleh seseorang.

“Cik Shin?”

“Ya, say—”

Oh ketahian apakah ini?

Dia hulurkan tangan pada aku untuk berjabat tangan. “Saya, Park Chanyeol.”

Dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ini, mengapa dia?

Mengapa?

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now