107

585 68 0
                                    

Aku hanya sekadar memasang muka kosong apabila Jongin duduk di hadapan aku bersedia untuk menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku. Aku bukan tertarik untuk mendengarkan ia sebenarnya cuma, aku hanya mahu tahu apa yang terjadi sehingga mereka berdua perlu berkelahi. Sampai lebam lagi.

Bukan aku tidak perasan betapa teruknya luka pada muka Chanyeol tadi. Tepi mulutnya biru keunguan. Tapi aku endahkannya sahaja tadi, padahal dalam hati aku sudah mulai terbit rasa simpati. Ingin sahaja aku menyentuh muka Chanyeol tadi, dan bertanyakan padanya kenapa.

Namun itu semua hanyalah andaian saja, hakikatnya aku tidak akan melakukan itu.

“Shin Yeong,” Jongin bersuara, secara langsung perhatian aku teralih padanya. Dia tarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan. “Begini, dia lakukan itu semua sebab dia sayangkan awak sangat-sangat. Dia cuma mahukan awak bahagia bersama, saya.”

Dahi aku terus berkerut mendengarnya. Aneh, sungguh aneh. “Apa maksud awak ni?”

“Itulah silapnya dia. Chanyeol fikirkan awak sudah kembali bersama saya semula. Semua ini kerana hasutan daripada Nayoun, perempuan itu sampaikan cerita yang tidak benar tentang kita berdua.”

Aku tersengih sinis. “Sesuailah dia dengan perempuan tu. Teruskan sajalah hubungan dia dengan perempuan itu, kenapa perlu cari saya semula?”

“Dia tidak pernah berhubungan dengan Nayoun. Semua apa yang dia lakukan itu semata-mata mahu membuat awak bencikan dia. Dia mahu awak membencikan dia.”

Semakin lama, topik ini semakin buat aku pening. Aku tidak faham langsung, apa-apa sahaja yang Jongin cuba sampaikan. Ataukah ia hanya aku yang terlalu lembab untuk memahami semua ini.

“Saya tahu bunyinya macam aneh sahaja, namun itulah alasan kenapa dia buat semua itu. Dia fikirkan awak dan saya masih menyimpan perasaan antara satu sama lain, kerana itu dia mahu mengundurkan diri demi awak. Kerana dia sayangkan awak, dia mahu awak bahagia. Walaupun itu membuat dia terluka. Padahal hakikatnya, mata dia cuma dikaburkan oleh Nayoun dengan pernyataan-pernyataan bodohnya tentang kita berdua. Dia sayangkan awak, Shin Yeong. Saya rasa kalau awak ditempat dia, awak pasti akan melakukan hal yang sama.”

Aku terdiam seribu bahasa. Benarlah apa yang aku katakan berkaitan Chanyeol dahulu, dia adalah pencinta setia yang bodoh. Sanggup dia melakukan itu untuk kebahagiaan orang lain? Ataukah dia buta sehingga tidak melihat betapa bahagianya aku bila bersama dia?

“Shin Yeong, kesilapan awak dengan dia hanya satu. Kamu terlalu menyayangi antara satu sama lain. Dia mengundurkan diri demi awak, dan awak juga turut melakukan hal yang sama. Padahal terang perkara itu menyakitkan diri kamu sendiri. Apa salahnya jujur tentang perasaan, kan?”

Iya, itulah kesalahan Chanyeol, dan juga adalah kesalahan aku.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now