82

621 87 19
                                    

“Katakanlah aku gila, tetapi aku semakin hampir untuk mendapatkan Chanyeol.” Balasnya yang diiringi dengan sengihan sinis.

Aku berasa menyampah, lebih-lebih lagi setelah melihat wajahnya yang kelihatan penuh dengan kejijikan. “Perempuan murahan. Apa kau fikir Chanyeol akan terima kau semula setelah apa yang sudah lakukan padanya dulu? Berhentilah memainkan perasaan orang, Im Nayoun.”

“Jangan cakap macam kau itu sempurna sangat. Kau lebih kurang samanya dengan aku.”

“Jangan samakan aku dengan kau.”

“Kenapa tak boleh? Itu,” Dia menjuihkan bibirnya ke arah perut aku. Apa, mengapa dengan anak aku? “Kau yakinkah, anak dalam perut kau tu benih dari Chanyeol? Siapa tahu itu anak Jongin, kan? Kau itu bukannya boleh dipercayai sangat. Jangan-jangan kau cuma mahu perangkap Chanyeol sahaja. Sebab harta dia, kan?”

Tanpa pengawalan, aku menampar pipi dia dengan kuat. Dengan sepenuh hati aku. Dengan amarah yang terkumpul. “Jaga mulut kau, Nayoun. Aku tidak semurah itu. Anak dalam kandungan aku ini, anak aku dengan Chanyeol. Aku bukan seperti kau yang sanggup beri badan semata-mata untuk wang.”

“Jadi, kau beri badan kau pada Chanyeol malam itu untuk apa? Sebab mahu perangkap dia, kan? Supaya dia terikat dengan kau dan mudah untuk kau manfaatkan dia.”

Perempuan ini, terlalu pintar memutar belitkan fakta. Seperti ular.

“Aku dan dia, sudah berkahwin. Chanyeol telah mensahkan aku sebagai milik dia. Kalau kau katakan yang aku berkahwin dengan dia semata-mata kerana harta, kau silap. Aku sayangkan dia, dengan sepenuh hati aku. Jadi tolong berambus dari hidup Chanyeol.”

“Tapi Chanyeol tidak anggap kau lebih dari sebuah kesalahan. Buktinya, dia tergugat dengan sekembalinya aku ke dalam hidup dia.”

“Tak guna.” Aku terus mendorong badannya ke belakang. Tidak mahu mengalah, dia cengkam lengan aku sementara tangannya lagi sebelah menarik rambut aku.

Kelamaan, dia semakin lemah. Entah itu cuma perasaan aku atau tidak, tetapi segala tindak balasnya menjadi ayu dan perlahan. Tanpa aku melakukan apa-apa, dia tiba-tiba jatuh terjelepok ke lantai yang membuat aku terkedu.

Apakah?

“Kim Shin Yeong.” Lalu Chanyeol muncul dan membantu Nayoun untuk bangun.

Oh, aku faham.

Lakonan murahan semata-mata untuk meraih simpati. Mimik mukanya yang seperti bangga kerana Chanyeol menyebelahi dia membuat aku bertambah geram.

“Shin, apa kau buat di sini?” Tanya Chanyeol pada aku. Riak wajahnya kelihatan keliru dan terkejut juga ada.

“Perempuan ni, penipu. Jangan percayakan dia. Dia tak guna.” Masih bersisa dengan perasan benci yang membuak tadi, aku bertindak menyerang Nayoun semula.

“Shin, hentikannya.” Chanyeol menghalang dengan belakang badannya. Melindungi perempuan murah itu di hadapannya. Dia tidak layak langsung mendapat perlindungan. “Shin, berhenti.”

Aku masih lagi degil. Aku berusaha mencapai rambut Nayoun lalu menariknya sepenuh hati aku. “Perempuan murah!”

“Shin, berhenti!” Chanyeol berpaling dengan kasar lalu lengannya mengenai aku.

Dan aku, terjatuh.

“Shin!”

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now