50

843 107 21
                                    

Dalam sekitar pukul lima petang, aku baru tersedar dari lena. Kepala aku sudah berasa lebih ringan berbanding tadi. Sakit pada perut aku juga terasa sedikit kebah, meskipun tidak sepenuhnya. Dengan kekuatan yang aku ada, aku berusaha bangkit dari pembaringan dengan sendiri. Sumpah, badan aku rasa melekit dan panas sebab tidak mandi lagi.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk membersihkan diri dahulu sebelum keluar.

Aku bergerak ke bahagian almari pakaian untuk mengeluarkan baju yang mahu aku gunakan setelah mandi nanti. Selepas itu, aku mencari beg bersaiz sederhana yang aku letakkan berhampiran almari kelmarin. Malangnya aku tidak jumpa.

Aku mengeluh dengan kasar. “Ke mana pula perginya beg ni?” Gumam aku sendiri, mencari beg aku yang berisi pakaian dalam.

Seingat aku, kelmarin ia masih ada di sini.

Mata diliarkan melihat segenap ruang bilik ini sehingga pandangan aku tertancap pada bahagian atas almari. Macam mana ia boleh berada di situ? Mesti Chanyeol yang letakkan atas situ pagi tadi.

“Alamak macam mana aku nak mandi ni..” Aku menggaru kepala sambil otak ligat berfikir cara untuk aku mendapatkannya. Sebolehnya, aku tidak mahu mengganggu Chanyeol, mungkin dia masih sibuk dengan kertas kerjanya, dan seboleh-bolehnya aku memang tidak mahu terlalu bergantung harap padanya. Nanti diri aku menjadi manja.

Bukan selamanya dia boleh bersama dengan aku, kan?

Jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil beg itu sendiri. Sudah tentulah berbantukan kerusi solek, kalau tidak aku tidak akan mampu untuk mencapainya. Aku letakkan kerusi itu di hadapan almari dan aku memanjat ke atasnya. Tangan aku berusaha mencapai beg tersebut. Dengan susah payahnya, ini kalau Chanyeol pastinya sudah dapat.

Ish, sudahlah Shin.

“Park Shin Yeong..” Satu suara garau memanggil nama aku dengan cara meleret. Kedengaran juga dengusan geramnya yang membuat aku sedikit terkejut. “Apa yang kau fikir kau sedang lakukan, hah?”

Aku menoleh, terpampang Chanyeol yang tengah bercekak pinggang di depan pintu. Dia mengigit bibir sambil pandang aku tajam.

“Tak ada apa-apa. Saya cuma mahu ambil beg tu.” Balas aku sambil menunjuk ke arah beg yang aku maksudkan.

Chanyeol mengeluh dengan kasar dan berjalan menghampiri aku. “Aku dah cakapkan, kalau kau perlu apa-apa panggil aku. Apa yang degil sangat ni?”

“Saya cuma tak nak susahkan awak. Saya tahu awak banya—”

Kata-kata aku terputus bila terasa badan aku hilang keseimbangan. Terus aku rasa melayang.

Bukan sebab aku mahu terjatuh, tetapi sebab Chanyeol tiba-tiba cempung badan aku secara bride style. Aku terkaku, melihatkan wajahnya yang begitu dekat sebab aku terpaksa berpaut pada lehernya.

“Aku lebih rela kau susahkan dengan menyuruh aku melakukan apa sahaja yang kau mahu, berbanding kau susahkan hati aku jika sesuatu terjadi pada kau dan baby dalam kandungan kau ini.”

Sudah.

Aku benar-benar terjatuh kali ini.

. . . . .

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now