112

566 67 0
                                    

Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, rasanya inilah keputusan yang terbaik yang pernah aku lakukan.

Bekerja di syarikat Papa.

Agak lucu juga bila aku ingatkan semula kedegilan aku dahulu bila Papa minta aku untuk ceburi bidang keusahawanan. Aku tolak mentah-mentah pelawaan Papa, sedangkan kini aku pula yang merayu supaya Papa terima aku sebagai salah seorang pekerja di syarikatnya.

Nampak tidak betapa tidak matangnya aku dulu?

"Shin Yeong?" Aku angkat kepala serta merta bila kedengaran nama aku dipanggil.

"Iya, Pa?"

"Selepas ini, tolong wakilkan Papa untuk mesyuarat dengan pembekal dari syarikat yang lain, boleh? Sebab Papa perlu turun pergi site jam dua nanti."

Apakah? Ini sabotaj!

Aku merengek bagi tanda protes. "Alah.. Pa, Yeong mana pandai semua itu. Dan kenapa pula Yeong yang wakilkan Papa? Kenapa bukan PA papa sahaja?"

"Sebab Papa jauh lebih percayakan anak Papa sendiri. Sudahlah, yakin diri sahaja. Papa pasti Yeong boleh. Papa nak keluar dah ni."

Aku angguk kepala dalam keterpaksaan. Keluar sahaja kelibat Papa dari bilik ini, belakang badan terus aku hempaskan pada sandaran kerusi. Aku mendengus kasar.

Terasa seperti mahu menarik semula kata-kata aku sebentar tadi.

Psh!

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now