Special Part I - Chanyeol Marah

757 84 8
                                    

Sejak balik tadi, Chanyeol tidak habis-habisnya mahu marahkan aku. Berulang kali aku cuba terangkan tapi dia tetap marahkan aku, dia kata aku cuai. Aku bukannya sengaja, tapi Chanyeol ini tidak mahu dengarkan apa yang aku katakan.

“Awak masih marahkan saya?” Tanya aku setelah melabuhkan punggung di birai katil.

Chanyeol diam tidak berkutik.

“Saya tak sengajalah, saya tengah masak tadi. Saya tinggalkan Chanchan di ruang tamu sebab dia menyusu. Biasalah, anak makin besarkan? Chanchan memang suka memanjat, saya bukan tak jaga. Janganlah marah. . .”

“Dah tahu anak pandai memanjat, tapi cuai tinggalkan dia sendiri.”

“Chanchan menyusu, saya pula masak. Bukan saya tak jaga Chanchan.”

“Sudahlah, aku malas nak bertekak.” Seterusnya, dia keluar bersama Chanchan dalam dukungannya, meninggalkan aku bersendirian di dalam bilik.

Chanyeol cuma terlalu memanjakan Chansung sehingga tidak mahu sekiranya anaknya itu luka meskipun sekecil zarah pun. Jadi tadi, masa aku tinggalkan Chanchan di ruang tamu tak sangka pula dia pergi memanjat sofa lalu terjatuh. Disebabkan giginya sudah tumbuh di depan bibirnya terluka sedikit.

Jadi disebabkan itu Chanyeol naik angin tiba-tiba.

Iyalah, satu-satunya anak kan? Sayangnya melampau.

Chanyeol, Chanyeol. . .datang bulan ke suami aku ini iya?

Emosional semacam.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now