67

579 83 3
                                    

“Yoora, tinggalkan ibu dengan dia bersendirian.” Arah puan Park dengan begitu serius sekali yang membuatkan aku meneguk liur beberapa kali akibat rasa takut itu semakin membelenggu diri aku. Terutama sekali setelah berhadapan dengan ibu Chanyeol.

Tangan aku yang sedang menggenggam kuat tangan Yoora, dilonggarkan sedikit demi sedikit sehingga ia terlerai. Aku menggigit bibir dan memberikan pandangan; tolonglah jangan tinggalkan kakak di sini pada Yoora. Mimik muka aku bentukkan sebaik mungkin agar dia bersimpati pada aku. Tapi hampa, dia tidak tersentuh langsung. Mungkin muka aku ini hodoh sangat sebab itulah dia tidak berasa sedikitpun kasihan pada aku. Yoora memberikan aku semangat dan dorongan melalui gerak badannya dan bibirnya yang seperti sedang mengucapkan fighting pada aku.

Setelah itu dia keluar daripada bilik kerja ini, meninggalkan aku sendiri dengan ibunya.

Aku berdiri statik umpama patung cendana.

“Duduklah.” Suara ibu Chanyeol bergema di segenap ruang bilik ini, secara tidak langsung memberikan aku tindak balas yang kurang menyenangkan. Perut aku terasa seperti bergelocak.

Melihatkan wajah seriusnya, aku akur akan arahannya lalu mengambil tempat di hadapan dia. Kepala aku tundukkan untuk melihat jemari aku yang bergemetaran dan saling berkait antara satu sama lain. Tidak sanggup aku untuk bertatapan mata dengan ibu Chanyeol.

Dia berdehem bagi menarik perhatian aku, dan dia berjaya. Aku kerling dia yang juga sedang memandang aku dengan kening yang dijungkitkan sebelah. “Dengar ini, saya tahu segala-galanya tentang kamu apa sahaja yang kamu rahsiakan. Tetapi saya mahu mendengarkannya sendiri dari mulut kamu. Jadi, saya harap kamu akan bercakap benar dan jujur pada saya, boleh?”

Aku angguk tanpa teragak-agak. “Boleh, boleh puan.”

“Kandungan kamu sudah berapa bulan?”

Aku kemam bibir seketika sebelum menjawab. Memperbaik rasa gentar dahulu sebelum aku berkata-kata. Takut nanti bila terlalu gentar, aku jadi tersalah cakap pula. “E-nam bulan.”

“Wah, sudah berapa lama kamu menjadi mistress anak saya, Chanyeol? Sehingga menghasilkan anak lagi, saya agak yang kamu sudah begitu lamanya bersama dengan anak saya, kan?”

“P-puan, sebenarnya, saya baru sahaja berjumpa dengan Chanyeol beberapa bulan yang lalu, dan saya bukan perempuan simpanan dia. Saya isteri dia.”

“Wah, wah, wah. Apa yang saya terlepas pandang ini? Saya sebagai ibunya juga tidak tahu yang dia sudah berkahwin dengan kamu.”

Aku menundukkan wajah. Sumpah, aku rasa sungguh-sungguh bersalah. “Saya, saya minta maaf puan.”

“Latar belakang keluarga kamu, ceritakan pada saya.”

Dia meminta aku untuk jujur dan bercakap benar, jadi sesuai dengan arahannya. Aku mengatakan yang sesungguhnya pada dia. Segalanya. Berkaitan ibu dan ayah, mengapa aku boleh terlanjur dengan Chanyeol. Dan juga, punca dan alsebab aku berkahwin dengan Chanyeol.

Dan, berkaitan perjanjian itu.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now