42

681 99 6
                                    

Aku menundukkan kepala tanda bersalah apabila dia mengambil tempat di hadapan aku. Walaupun riak wajahnya sudah tidak setegang tadi, tetap sahaja aku gementar bila berdepan dengannya. Iya, kalau diikutkan itu bukan salah aku sebab muntah di bajunya tetapi tetap sahaja aku yang patut dipersalahkan.

“Maaflah, saya tak sengaja.” Suara aku perlahan berkata. Jemari aku berkait antara satu sama lain di atas riba.

Chanyeol mengeluh halus, lebih kepada keluhan sesal bunyinya. “Tak apalah. Aku tak marah pun.”

Okay..”

"Aku sudah belikan semua barang keperluan untuk kau. Makanan, barang mandi, barang peribadi kau, semua sudah. Jadi, kau tidak perlu keluar untuk beli barang semua itu. Kecuali aku yang bawa kau keluar. Kau rehat sahaja dalam rumah, faham?"

Aku anggukkan kepala sambil mengetap bibir.

“Bolehkah jangan biadap sangat. Kalau aku tengah bercakap boleh tolong pandang aku?”

Aku bukan tidak mahu pandang dia, cumanya aku rasa malu. Segan yang amat. Kulit wajah aku rasa macam terbakar sahaja sekarang ini. Dia hanya memakai Tank hitamnya, dan itu membawa maksud yang badannya sedang terdedah separuh.

Tahulah, aku segan memandang badannya itu.

Perlahan-lahan aku menaikkan anak mata sehingga bertemu dengan anak matanya. Chanyeol menjungkitkan keningnya sebelah. “Fahamkah, tidak?”

“Faham.” Aku mengangguk.

“Bagus, sekarang makanlah ini. Aku belikan tadi, tapi mungkin sudah sejuk. Iyalah, kau lagi pergi cari masalah dengan menghambur barangan dalam rumah ini.”

“Mana ada saya menghambur, saya cuma rapikan rumah sebab nampak semak dan padat. Dekorasinya tak cantik.”

“Dekorasi tu Nayoun yang buat, jadi bagi aku itu sudah cukup cantik. Tak perlu untuk di—” Dia terus tutup mulut dan tertunduk.

Nayoun?

Mesti itu bekas teman wanitanya dahulu.

Patutlah asyik tersilap nama aku.

Nayoun dan Nayoung, hampir sama sahaja kan? Itulah mungkin kenapa dia asyik tersilap nama aku sebelum ini.

One Year Marriage ✔Where stories live. Discover now